Anda di sini

Tiga sekeluarga maut terbabit nahas

Advertisement
 Keng antara tiga yang maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di KM 229.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, berhampiran Plaza Tol Pedas-Linggi pagi kelmarin. — Gambar Bernama
MAUT: Keng antara tiga yang maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di KM 229.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, berhampiran Plaza Tol Pedas-Linggi pagi kelmarin. — Gambar Bernama

REMBAU: Wanita hamil empat bulan antara tiga yang maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Km 229.5 Lebuhraya Utara-Selatan  arah utara, berhampiran Plaza Tol Pedas-Linggi, di sini pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Ibrahim Shariff berkata kejadian jam 9.30 pagi itu turut menyaksikan enam yang lain cedera.

Mereka yang maut dikenali sebagai Keng Kim Seng (lelaki/76), Keng Swee May (perempuan/30) dan Keng Swee Nee (wanita hamil/40). Kesemuanya dari sebuah keluarga.

Dalam satu kenyataan di sini, Ibrahim berkata kemalangan melibatkan sebuah Toyota Camry yang dipandu seorang lelaki dan kenderaan pelbagai guna mewah Toyota Vellfire yang membawa lapan orang. 

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Toyota Camry yang dalam perjalanan dari Ayer Keroh yang berada di lorong paling kanan hilang kawalan lalu bergesel dengan Toyota Velfire yang berada di lorong tengah,” katanya

Beliau berkata pergeseran itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terbabas ke kiri lebuh raya dan mengakibatkan seorang penumpang belakang Toyota Velfire tersebut meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata dua lagi disahkan meninggal dunia di Hospital KPJ Seremban. Bernama

Advertisement