Anda di sini

Lebih 20,000 hadiri rumah terbuka Abang Johari di BCCK

Advertisement
 Abang Johari (kiri) dan Juma’ani (kanan) berbual mesra dengan Tun Taib dan Toh Puan Ragad.
MESRA: Abang Johari (kiri) dan Juma’ani (kanan) berbual mesra dengan Tun Taib dan Toh Puan Ragad.
 Abang Johari (duduk kanan) dan Juma’ani (duduk kiri) merakam kenangan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun (empat kanan) dan rombongan.
KENANGAN AIDILFITRI: Abang Johari (duduk kanan) dan Juma’ani (duduk kiri) merakam kenangan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun (empat kanan) dan rombongan.

KUCHING: Lebih 20,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri yang berlangsung selama dua hari di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Kali pertama beraya sebagai Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang ditemui pada hari pertama Aidilfitri berkata beliau amat gembira melihat perpaduan erat yang ditonjolkan rakyat pelbagai kaum yang hadir ke rumah terbuka beliau.

Walaupun ekonomi tidak begitu rancak, namun sambutan hari raya pada tahun ini tetap meriah.

Hari ini saya lihat semua masyarakat daripada pelbagai kepercayaan dan agama saling kunjung mengunjung ke rumah sahabat-handai, saudara-mara termasuk rumah terbuka saya ini.

Amalan ini jelas menunjukkan perpaduan sangat kukuh dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di Sarawak ini dan kita berdoa ini akan diteruskan demi kepentingan negeri dan masyarakat kita,” katanya.

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib antara tetamu kenamaan yang hadir pada hari kedua rumah terbuka Ketua Menteri semalam.

Tun Taib dan Toh Puan Ragad meluang masa hampir satu jam di BCCK semalam dan menerima layanan mesra daripada Abang Johari dan isteri, Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang.

Toh Puan Ragad turut menyumbang sebuah lagu berjudul Tanya Sama Hati bagi menghiburkan ribuan tetamu yang hadir bergandingan suara dengan Datuk Seri Sulaiman Taib Mahmud.

Turut mengunjungi rumah terbuka Ketua Menteri pada hari pertama Aidilfitri ialah ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menteri-menteri kabinet negeri dan pusat, wakil rakyat daripada pelbagai parti, pemimpin pelbagai persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ahli korporat  ternama turut hadir memeriahkan rumah terbuka Ketua Menteri.

 Abang Johari menghidangkan kuah ketupat kepada salah seorang tetamu kanak-kanak yang hadir ke rumah terbuka beliau di BCCK.
BERJIWA RAKYAT: Abang Johari menghidangkan kuah ketupat kepada salah seorang tetamu kanak-kanak yang hadir ke rumah terbuka beliau di BCCK.
 Abang Johari (duduk kiri) dan Juma’ani (duduk kanan) bersama rombongan dari masyarakat Orang Ulu.
TIDAK KETINGGALAN: Abang Johari (duduk kiri) dan Juma’ani (duduk kanan) bersama rombongan dari masyarakat Orang Ulu.
 Pengunjung menikmati pelbagai juadah enak yang disajikan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri di BCCK.
JAMU SELERA: Pengunjung menikmati pelbagai juadah enak yang disajikan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri di BCCK.
  • oleh
  • Advertisement