Anda di sini

Henry Lau kunjungi rumah beberapa kenamaan sempena Aidilfitri

Advertisement
 Henry dan rombongan merakam kenangan semasa mengadakan kunjungan Aidilfitri terhadap beberapa kenamaan di Kuching.

KUNJUNGAN AIDILFITRI: Henry dan rombongan merakam kenangan semasa mengadakan kunjungan Aidilfitri terhadap beberapa kenamaan di Kuching.

KUCHING: Pengarah Urusan Kumpulan KTS Dato Henry Lau dan isteri, Datin Wendy Lau bersama keluarga serta ketua-ketua kakitangan KTS meluangkan masa mengunjungi rumah beberapa orang kenamaan di sini, pada Hari Raya Aidilfitri pertama dan kedua.

Pada raya pertama, rombongan telah berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri dan berkesempatan beramah mesra dengan Tun Taib serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

Mereka kemudian berangkat ke rumah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) Datu Ali Yusop di Taman Sri Malaga dan telah menikmati jamuan disediakan.

Kunjungan seterusnya adalah terhadap Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi di Taman Heritage di mana mereka meluangkan masa agak panjang di sana sambil beramah mesra dengan Julaihi sekeluarga dan menikmati hidangan.

Selepas itu, rombongan mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dan telah diberi layanan mesra oleh Ketua Menteri dan isteri, Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang.

Rumah kenamaan lain yang turut dikunjungi ialah bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Bujang Mohd Nor, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ismawi Ismuni, Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Sapuan Ahmad dan Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Bumiputera dan Pembangunan Wilayah Datu Chaiti Bolhassan.

Pada raya kedua, kunjungan turut diadakan terhadap Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha dan Pegawai Eksekutif Khas Yang Dipertua Negeri Datu Mustapa Han.

 Henry dan rombongan merakam kenangan semasa mengadakan kunjungan Aidilfitri terhadap beberapa kenamaan di Kuching.
KUNJUNGAN AIDILFITRI: Henry dan rombongan merakam kenangan semasa mengadakan kunjungan Aidilfitri terhadap beberapa kenamaan di Kuching.
__alt__
__alt__
__alt__
  • oleh
  • Advertisement