Anda di sini

Rumah panjang 12 pintu ranap dalam kebakaran

Advertisement
 Kebakaran yang menimpa Rumah Mandau, Sebangkoi.
MARAK: Kebakaran yang menimpa Rumah Mandau, Sebangkoi.

SARIKEI: Sebuah rumah panjang 12 pintu musnah dalam satu insiden kebakaran di Rumah Mandau Sebangkoi di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Suna Kaha berkata, rumah panjang berstruktur separuh kekal dua tingkat terbabit terbakar sekitar jam 10.50 pagi.

"Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian yang ditanggung oleh mangsa masih lagi dalam siasatan,” katanya kepada pemberita.

Pasukan Bomba dengan kekuatan 11 orang mengambil masa satu jam untuk mengawal dan memadam kebakaran tersebut.

Tidak ada sebarang kemalangan jiwa dan kejadian tidak diingini dilaporkan akibat musibah tersebut.

(Hakcipta terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula sama ada menerusi media sosial atau bercetak tanpa kebenaran dan kredit kepada Utusan Borneo akan diambil tindakan.)

  • oleh
  • Advertisement