Anda di sini

Perlu usaha keras kesan golongan sasar

Advertisement

Masih ramai rakyat pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang perlu bantuan

 Juanda (kiri) ketika menyantuni salah seorang warga emas semasa ziarah beliau.
UNTUK MAKCIK: Juanda (kiri) ketika menyantuni salah seorang warga emas semasa ziarah beliau.

MUKAH: Masih ramai rakyat daripada pelbagai lapisan masyrakat dan latar belakang memerlukan bantuan, kata  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Datuk Juanda Jaya.

Beliau mengakui menyedari hakikat itu ketika ketika Jerayawara Ziarah Kasih Ramadan selama lima hari bermula 15 Jun sehingga 19 Jun 2017 lalu di kawasannya.

Masih ramai fakir miskin, Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas, mereka terlantar sakit dan pelbagai kesusahan yang perlu diberi perhatian,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Ziarah berkenaan katanya dilaksanakan dengan mengunjungi golongan kurang bernasib baik di konstituensinya.

Justeru, beliau meminta agensi terutamanya Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuat usaha besar-besaran mengesan sekali gus memberi bantuan kepada golongan sasar ini.

Ini juga sebagai salah satu cara mengenal pasti masyarakat benar-benar layak mendapatkan bantuan,” katanya.

Selain itu, masyarakat setempat, ketua masyarakat juga harus memainkan peranan penting dalam aspek ini.

Sebab jika saling membantu, masyarakat itu akan menjadi semakin kuat,” tambah beliau lagi.

Beliau juga suka untuk mengajak pemberi bantuan mengunjungi sendiri kediaman para penerima dan bukannya mengumpuan mereka di sebuah tempat atau kawasan.

Sebanyak 185 rumah beliau ziarahi pada kali ini dan pada masa sama, seramai 2,417 pelajar, 448 kakitangan serta staf sokongan daripada 13 sekolah turut mendapat bantuan daripada ziarah berkenaan.

Sementara, 37 guru tadika, 78 imam, bilal, serta ketua masyarakat, 10 masjid dan 31 surau juga mendapat bantuan berjumlah keseluruhan RM61,000.

  • oleh
  • Advertisement