Anda di sini

Kerajaan persekutuan diminta kaji terperinci Cukai Pelancongan

Advertisement

SIBU: Kerajaan persekutuan telah diminta untuk menjalankan kaji selidik terperinci sebelum melaksanakan Cukai Pelancongan ke atas hotel penginapan bermula 1 Julai depan.

Pengerusi Persatuan Hotel Wilayah Tengah Sarawak, Johnny Wong pada sidang akhbar semalam berkata kajian mengenai undang-undang itu perlu kerana ia tidak bersesuaian untuk diguna pakai secara menyeluruh. 

Baru-baru ini, kerajaan persekutuan memutuskan mengenakan Cukai Pelanco-ngan ke atas penginapan hotel dengan harga antara RM2.50 dan RM20 satu bilik semalam yang berkuat kuasa 1 Julai.

Undang-undang ini hanya boleh diaplikasi di tempat mempunyai jumlah pelancong tinggi tetapi bukan untuk yang tidak mempunyai pelancong,” katanya.

Sebagai contoh, Johnny berkata, di bandar-bandar di kawasan tengah negeri ini termasuk Sibu, Mukah, Bintangor, Kapit, Sarikei dan Kanowit, pengusaha hotel juga sukar bertahan kerana jumlah pelancong asing yang rendah.

Mengambil Tahun Me-lawat Sibu 2017, bilangan pelancong datang ke sini sangat sedikit. Saya hanya melihat dua orang ‘Mat Salleh’ semalam (kelmarin) dan amat sukar mencari mereka di sini.

Dalam tempoh enam bulan lepas, anda tidak dapat melihat lebih daripada lima atau enam pelancong asing di bandar ini. Berdasarkan situasi ini, ia amat sukar bagi kita boleh mengutip Cukai Pelancongan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan Cukai Pelanco-ngan, hanya akan menyebabkan orang tempatan men-derita kerana mereka adalah penyumbang kepada jumlah paling ramai di hotel.

Jika Cukai Pelancongan dilaksanakan, mereka (orang tempatan) datang dari jauh untuk menginap di hotel bajet akan menanggung beban yang lebih,” katanya.

Johnny berkata pengusaha hotel bukan tidak bersetuju dengan kerajaan dengan pe-laksanaan untuk mengenakan Cukai Pelancongan terhadap hotel penginapan tetapi undang-undang berkenaan perlu distruktur tanpa memberi bebanan lebih kepada rakyat.

Beliau juga bimbang bahawa pelaksanaan cukai akan menyebabkan bertambahnya penginapan murah seperti bilik untuk sewa yang tidak berlesen.

Tarikh pelaksanaan Cukai Pelancongan pada 1 Julai agak dianggap dilakukan secara tergesa-gesa.

Sementara itu, Ketua Men-teri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pada Selasa lalu mengatakan bahawa keputu-san rasmi mengenai cukai berkenaan akan diumumkan selepas mesyuarat kabinet negeri hari ini (Khamis).

Advertisement