Anda di sini

Dua premis rumah urut, hiburan dikesan terlibat aktiviti curi bekalan elektrik

Advertisement
 Pihak SESCo, EIU dan polis ketika menjalankan pemeriksaan terhadap dua premis didapati terlibat dengan kecurian elektrik di Bintulu.
PERIKSA: Pihak SESCo, EIU dan polis ketika menjalankan pemeriksaan terhadap dua premis didapati terlibat dengan kecurian elektrik di Bintulu.

KUCHING: Dua premis rumah urut dan pusat hiburan di Fortune Park, Bintulu didapati terlibat dalam kegiatan curi bekalan elektrik.

Menurut jurucakap SESCo, ia dikesan semasa operasi dijalankan oleh Unit Inspekorat Elektrik (EIU) Kementerian Utiliti bersama Syarikat SESCo Berhad (SESCo) dan polis baru-baru ini.

Serbuan dilakukan selepas mendapat waran geledah mahkamah bagi melakukan pemeriksaan terhadap dua premis berkenaan.

Waran diperoleh dan serbuan dibuat selepas pengendali perniagaan menghalang akses pasukan pemeriksaan meter SESCo ke premis itu bulan lepas,” katanya.

Difahamkan, kedua-dua premis terbabit mempunyai rekod gangguan meter dan berada dalam senarai pemantauan syarikat.

Setelah diperiksa oleh pasukan dari SESCo dan EIU, didapati pengedap meter telah terganggu, dan terdapat lubang pada penutup utama serta litar voltan terbuka.

Susulan itu, kami menggantikan meter diganggu (ubah) ini dengan meter pintar bagi Ini membolehkan SESCo memantau penggunaan pelanggan dari ibu pejabat.

Apa-apa percubaan untuk merosakkan meter akan dikesan serta-merta dan tindakan pantas diambil,” katanya.

Berikutan serbuan itu, semua bukti gangguan meter telah dirampas dan laporan polis dibuat untuk siasatan lanjut dan pendakwaan.

Kedua-dua premis itu dikategorikan sebagai ‘pelanggan berisiko tinggi’, berikutan insiden sebelumnya apabila pengendali perniagaan cuba mempengaruhi pasukan pemeriksaan.

SESCo ingin mengingatkan orang ramai bahawa mencuri elektrik adalah satu jenayah, membahayakan nyawa dan boleh menyebabkan kerosakan kepada peralatan elektrik pelanggan yang mudah menjurus ke arah insiden kebakaran.

Syarikat itu akan terus menjalankan pemeriksaan meter dan penyiasatan di seluruh negeri secara aktif dengan sokongan daripada kementerian dan polis untuk membendung jenayah curi elektrik.

Orang ramai turut dinasihatkan untuk melapor sebarang kes kecurian elektrik kepada SESCo di talian 082-443535.

Advertisement