Anda di sini

10 juta beg plastik boleh urai untuk pengguna di Johor

Advertisement

Dibekalkan tanpa kos tambahan menerusi PBT, pasar raya

 Ayub (kanan) bersama Asman Shah (dua kanan) melihat buku J-Biotech ketika melancarkan      Prapelancaran Laporan Rangka Tindakan dan Pelan Hala Tuju Biorosot dan Biokompos Johor                di Restoran Dapor Warisan di Johor Bahru, semalam. — Gambar Bernama
TELITI: Ayub (kanan) bersama Asman Shah (dua kanan) melihat buku J-Biotech ketika melancarkan Prapelancaran Laporan Rangka Tindakan dan Pelan Hala Tuju Biorosot dan Biokompos Johor di Restoran Dapor Warisan di Johor Bahru, semalam. — Gambar Bernama

JOHOR BAHRU: Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Johor (J-Biotech) akan menyediakan 10 juta beg plastik boleh urai untuk pengguna di negeri ini bermula Ogos, bagi mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan beg plastik biasa dan bahan polisterina.

Ketua Pegawai Eksekutif J-Biotech Asman Shah Abdul Rahman berkata beg plastik boleh urai terbabit akan dibekalkan tanpa kos tambahan kepada pengguna menerusi pihak berkuasa tempatan, pasar raya utama dan pengilang di seluruh negeri.

Penyediaan beg plastik ini merupakan projek perintis J-Biotech yang terkandung dalam Rangka Tindakan dan Pelan Hala Tuju Biorosot dan Biokompos Johor (BBJ) yang dilaksana kerajaan Johor bagi memastikan pembangunan ekonomi di negeri ini tidak mengabaikan kelestarian alam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama media dan prapelancaran BBJ di sini malam kelmarin yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat.

Asman Shah berkata pihak-nya turut menyediakan bebe-rapa insentif menarik seperti hadiah dan baucar makanan bagi menggalakkan pengguna mengitar semula barangan di kiosk pengumpulan dan pusat kitar semula yang akan ditubuhkan.

Bengkel dan demonstrasi juga akan dijalankan di seluruh Johor untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada pihak berkepentingan dalam menguruskan sisa pepejal secara mesra alam. Projek perintis ini juga akan dijalankan bersama-sama dengan pihak badan bukan kerajaan negeri dan persekutuan yang berkaitan,” katanya.

Sementara itu, Ayub berkata pembangunan rangka BBJ dilaksanakan pada April lepas dan dijangka siap sepenuhnya bulan depan.

Beliau berkata draf BBJ telah dibentangkan kepada Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 8 Jun lepas semasa Mesyuarat Lembaga Pengarah J-Biotech manakala pelancaran BBJ pula dijangka dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hujung September ini.

Katanya objektif utama BBJ ialah untuk mengurangkan kebergantungan kepada bahan polistirena dan rantaian bekalan plastik serta bertukar kepada alternatif yang mesra alam dan boleh urai.

BBJ juga memberikan si-tuasi menang-menang kepada komuniti, alam sekitar serta pembangunan ekonomi ne-geri Johor dalam jangka masa panjang, katanya.

Kerajaan Johor berharap BBJ dapat menepati kehendak rakyat negeri ini sekali gus menjayakan hasrat kerajaan negeri dalam me-nguatkuasakan penggunaan bahan boleh urai bagi menggantikan beg plastik dan bekas makanan diperbuat daripada polisterina bermula Januari tahun depan.

Kita tidak mahu melaku-kan penguatkuasaan secara drastik seperti yang dilakukan di negeri lain sebab itu kita merencanakan perkara ini (penggunaan bahan boleh urai) pada 2016 dan penguatkuasaan penggunaannya pada 2018,” katanya. — Bernama

Advertisement