Anda di sini

Anuar Faizal tampil dengan koleksi Aidilfitri yang lebih segar

Advertisement
 Antara kkoleksi eksklusif Anuar Faizal untuk Aidilfitri 2017 tahun ini.
KOLEKSI RAYA 2017: Antara kkoleksi eksklusif Anuar Faizal untuk Aidilfitri 2017 tahun ini.

KUALA LUMPUR: Pereka fesyen Anuar Faizal tampil dengan koleksi terbaharu khas untuk lelaki sempena Aidilfitri 2017.

Keberanian Anuar Faizal sebelum ini dengan memberikan sentuhan moden kepada baju Melayu pernah menimbulkan kontroversi yang mana ramai netizen merasakan beliau terlalu berfesyen dan tidak sensitif terhadap konsep baju Melayu tradisional.

Tidak terkesan dengan kontroversi yang pernah dialami dulu, beliau kini tampil dengan koleksi yang lebih mewah, glamor dan elegan sesuai dengan fesyen masa kini.

Koleksi eksklusif ini terdiri daripada kurta dan seluar ‘slim fit’ yang boleh dijadikan baju Melayu apabila dipadankan dengan sampin segera dan juga jubah pendek yang pertama seumpamanya di Malaysia.

“Tahun ini ditumpukan pada fabrik yang mana diimport dan dilabel sebagai Air-Flex, Airy, Fleksibel dan Minimal yang membuatkan baju itu tidak akan renyuk serta mudah dijaga,” kata Anuar Faizal.

“Kemas dan minimum adalah elemen utama untuk koleksi 2017 bagi lelaki yang bergaya dan sesuai sebagai pakaian hari raya buat lelaki moden,” tambahnya lagi.

Koleksi baharu ini boleh didapati secara talian di semua media sosial bermula dari harga RM299 dan terhad untuk pasaran Mei dan Jun 2017 sahaja. — Bernama

Advertisement