Anda di sini

Banduan bunuh warden ditangkap

Advertisement

WASHINGTON: Dua banduan yang berjaya menewaskan dan membunuh pengawal dalam tindakan melarikan diri dari penjara yang berani di negeri selatan Georgia, Amerika Syarikat (AS) ditangkap semula kelmarin selepas pemburuan selama dua hari, menurut pihak berkuasa.

Banduan tersebut, Donnie Rowe, 43, dan Ricky Dubose, 24, dikatakan sebagai “bahaya tidak terkira” oleh Syerif Putnam County Howard Sills, yang menyelia usaha pen-carian.

Mereka menembak mati dua pegawai penjara semasa tindakan melarikan diri pada awal pagi Selasa, ketika mereka sedang dipindahkan di antara dua fasiliti penjara.

Rowe, dianggap sebagai pesakit mental oleh pihak berkuasa, dinyatakan sebagai seorang pengulang jenayah yang mempunyai senarai panjang pensabitan dan pernah menjalani hukuman penjara seumur hidup bagi rompakan bersenjata dan jenayah lain.

Pihak berkuasa berkata Dubose juga seorang penjenayah tegar di sebalik usianya yang masih muda, termasuk menjadi anggota kumpulan ketuanan orang putih “Ghost-face Gangsters”.

Biro Siasatan Georgia me-nyatakan dalam Twitter bahawa mereka berjaya diberkas dan gabenor negeri berkata mereka diberkas di wilayah berhampiran Tennessee.

“DITANGKAP: Pelarian dalam tahanan selepas kejar mengejar di TN. Lebih banyak maklumat akan dikemukakan,” Gabenor Nathan Deal menyatakan dalam Twitter.

Banduan tersebut antara 30 banduan yang dibawa dengan sebuah bas ketika drama tersebut berlaku pada Selasa lepas. Bahagian belakang kenderaan telah dilengkapi dengan satu kawasan berpagar di mana banduan dikurung, dengan pengawal berada di ruangan berasingan di bahagian depan.

Bagaimanapun, kedua-dua banduan itu berjaya melepaskan diri dan menyerbu ke bahagian depan kenderaan, menewaskan pengawal dan membunuh mereka dengan menggunakan senjata api mereka sendiri.

Pengawal itu dinamakan sebagai Christopher Monica, berusia 42 tahun, dan Curtis Billue, 58, seorang kakitangan penjara yang berpengalaman dan sangat disegani.

Rakaman kamera keselamatan di dalam kenderaan itu telah diperiksa bagi menyiasat bagaimana banduan itu berupaya merampas senjata pengawal tersebut – dan bagi menentukan banduan yang mana telah melepaskan tembakan.

Rowe dan Dubose me-ninggalkan banduan lain dan menghilangkan diri, ber-senjatakan pistol sembilan milimeter milik pengawal yang terbunuh.

Pihak berkuasa seterusnya menggesa orang awam agar berjaga-jaga.

Pihak FBI turut terlibat dalam usaha pencarian di seluruh negara selepas pihak berkuasa mengesyaki banduan yang meloloskan diri telah pergi ke Georgia.

Dubose, yang menjalani hukuman penjara selama 20 tahun pada masa dia melari-kan diri, dikatakan mempunyai leher dengan cacah yang sukar untuk terlepas pandang, dengan lebih ba-nyak lukisan dakwat, dalam bentuk mahkota, terukir pada keningnya.

Rowe dan Dubose berkongsi sebuah sel di dalam penjara, namun pihak berkuasa me-nyatakan tidak dapat me-mastikan sekiranya mereka telah merancang awal rancangan melarikan diri.

Sebagai langkah keselama-tan, banduan biasanya tidak akan dimaklumkan mengenai rancangan untuk membawa mereka.

Selepas tindakan melepas-kan diri dari penjara, dua banduan itu dikesan di pekan Madison di mana mereka memecah masuk ke dalam sebuah rumah dan mengambil pakaian yang membolehkan mereka kurang dikenali.

Mereka kemudian me-rampas sebuah kereta Honda Civic, yang ditemui tersembunyi di kawasan hutan pada Rabu lepas, dan dipercayai mencuri sebuah trak pikap putih Ford.

Ganjaran bagi maklumat yang membawa kepada penangkapan mereka telah beransur-ansur meningkat daripada $60,000 kepada $130,000. — AFP

Advertisement