Anda di sini

Minyak pelincir tiruan jenama Shell dirampas

Advertisement

KPDNKK rampas tujuh botol minyak pelincir empat liter dipercayai tiruan, kes pertama di negeri ini

 Abdul Hafidz (tiga kiri) menunjukan minyak pelincir tiruan yang dirampas sambil                  diperhatikan anggota penguat kuasa KPDNKK yang lain.
PALSU: Abdul Hafidz (tiga kiri) menunjukan minyak pelincir tiruan yang dirampas sambil diperhatikan anggota penguat kuasa KPDNKK yang lain.

SIBU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah merampas tujuh botol minyak pelincir empat liter jenama Shell dipercayai tiruan dan menjadi kes pertama seumpamanya di negeri ini.

Ketua Pegawai Penguat-kuasaan KPDNKK Sarawak Abdul Hafidz Abdul Rahim memberitahu, minyak pelincir tersebut telah dirampas dari sebuah bengkel kereta berikutan aduan daripada Shell.

Bengkel tersebut berope-rasi sejak setahun lepas dan mula menggunakan minyak pelincir tiruan sejak empat bulan lepas.

Minyak pelincir ini dijual dengan harga RM130 sebotol, sama harga dengan produk asli. Penjual akan memper-oleh keuntungan banyak kerana mendapat produk ini dengan harga yang murah.

Kita akan menjalankan siasatan dan sampel akan dihantar kepada Jabatan Kimia. Nilai rampasan terlibat adalah RM1,090,” ujarnya kepada pemberita, kelmarin.

Pemilik bengkel terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011, yang sabit dengan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Menurut Abdul Hafidz, penggunaan minyak pelincir tiruan tidak berkualiti berbanding asli boleh menyebabkan kerosakan pada enjin kenderaan.

Berbalik kepada pengguna, beliau mengingatkan pemilik kenderaan agar tidak meninggalkan kenderaan mereka di bengkel tanpa pengawasan ketika menghantar kenderaan terbabit untuk diselenggara.

Ini kerana katanya, bengkel terbabit mungkin mengguna-kan minyak pelincir tiruan bagi menggantikan minyak pelincir yang asli.

Pastikan anda berada di bengkel dan periksa sama ada minyak pelincir asli digunakan untuk kenderaan anda,” jelas Abdul Hafidz.

Beliau juga berkata,  KPDNKK akan bekerjasama rapat dengan Shell bagi me-lakukan pemantauan di se-luruh negeri.

  • oleh
  • Advertisement