Anda di sini

Sarawak mampu lakar kejutan

Advertisement
 Sarawak mahu melakarkan kejutan pada kempen Piala Malaysia 2017.
LAKAR KEJUTAN: Sarawak mahu melakarkan kejutan pada kempen Piala Malaysia 2017.

KUCHING: Sarawak tetap menjadikan saingan Piala Malaysia 2017 yang bakal bermula pada 4 Julai depan sebagai misi utama. Meskipun diundi dalam kumpulan maut (Kumpu­lan D) bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor dan Terengganu, pengendali pasukan itu David Usop eng­gan melihatnya sebagai alasan untuk mereka gagal memper­baiki pencapaian berbanding pada edisi lalu.

Sebaliknya, jurulatih ber­pengalaman itu telah ber­sedia sepenuhnya untuk membentuk pasukan yang benar-benar mantap bagi mengharungi kempen Piala Malaysia kali ini.

“Memang kita akui, laluan dalam Kumpulan D amat su­kar kerana kita diundi bersama pasukan pilihan JDT, Selan­gor dan Terengganu. Tetapi, saya tidak melihatnya sebagai penghalang namun yakin pe­main-pemain Sarawak mampu melakarkan kejutan.

“Piala Malaysia merupa­kan kejohanan berprestij yang menjadi buruan semua pasukan termasuk Sarawak. Ia sebahagian daripada sasaran kita selain untuk terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, keupayaan Sarawak tidak harus dipan­dang sepi oleh pasukan-pasu­kan lawan lain kerana pasukan itu tetap mempunyai senjata istimewa.

David berkata, pengambi­lan dua pemain baharu, Sahil Suhaimi dan Milos Raickovic pada bulan lalu menambah keyakinan kepada beliau peluang Sarawak mengorak langkah lebih jauh kali ini.

“Cuma yang menggusarkan saya ialah jadual perlawanan ketat pada Julai nanti meng­ganggu rentak serta peluang pasukan kita melakukan ses­uatu yang terbaik.

“Kita akan mengharungi lima perlawanan Liga Super 2017 termasuk satu perlawa­nan Piala Malaysia pada bulan depan,” katanya.

David mengakui situasi itu memang sukar terutamanya bagi Sarawak kerana pemain-pemain kurang rehat namun itu belum dikira jika ada pe­main-pemain tercedera atau digantung perlawanan.

Apapun, beliau tetap ber­sedia menghadapi sebarang kemungkinan sambil mem­beri bayangan akan menga­malkan sistem penggiliran pemain-pemain bagi memas­tikan semua pemain dapat diturunkan.

Sarawak akan memulakan kempen Piala Malaysia 2017 menentang JDT di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru pada 4 Julai depan.

Pertemuan itu selepas Sarawak menentang Kelan­tan pada perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru pada 1 Julai.

  • oleh
  • Advertisement