Anda di sini

PUSPAKOM tawar pemeriksaan percuma sempena Aidilfitri

Advertisement

KUALALUMPUR: PuspakomSdn.Bhd., (PUSPAKOM)akan menawarkanPemeriksaan KenderaanPersendirian Sukarela (VVI) secara percuma sempena Aidilfitri, bermula Selasa ini hingga 23 Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammed Shukor Ismail berkata pemeriksaan percuma bermula jam 8 pagi hingga 5 petang itu disediakan di semua cawangannya kecuali di Shah Alam, Taman Bukit Maluri, Mak Mandin dan Kota Bharu yang dikhaskan untuk kenderaan perdagangan sahaja.

Pemeriksaan VVI tersebut, yang dijangka memakan masa 30 minit itu,  akan merangkumi 25 peringkat ujian termasuk gelincir sisi, suspensi, ketelusan cahaya cermin serta brek dan lampu.

Perkhidmatan ini adalah sejajar dengan kempen #drivesafenoregrets dan menggalakkan pemilik kenderaan menjalankan pemeriksaan kenderaan sebelum pulang ke kampung halaman, katanya dalam kenyataan di sini semalam.

“Tahun lepas, PUSPAKOM telah memeriksa 3,000 kenderaan persendirian dan pihak kami menyasarkan peningkatan sebanyak 10 peratus atau 3,300 kenderaan pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini, katanya.

Dalam tempoh kempen itu, katanya, PUSPAKOM akan menganjurkan pertandingan #drivesafenoregrets ‘write caption and win’ (menulis kapsyen dan menang)  di mana pelanggan yang menjalankan pemeriksaan VVI percuma berpeluang memenangi hadiah menarik.

Sempena Aidilfitri ini juga, PUSPAKOM akan melanjutkan waktu operasi pada 17 Jun  dari jam 8 pagi sehingga 5 petang di beberapa cawangan seperti di Wangsa Maju, Batu Caves, Petaling Jaya, Cheras, Mak Mandin, Teluk Kumbar, Alor Setar, Gopeng, Kuantan, Alor Gajah, Seremban, Johor Bahru, Skudai, Kuching dan Kota Kinabalu. — Bernama

Advertisement