Anda di sini

Kereta peronda polis remuk kejar-mengejar

Advertisement

BINTULU: Seorang anggota polis peronda berpangkat korporal cedera setelah kenderaan peronda (MPV) yang dipandunya dirempuh  sebuah kereta dalam insiden kejar-mengejar di Jalan Sungai Nyigu sekitar jam 11.40 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu Zailanni Amit insiden kejar-mengejar itu berlaku apabila kereta dipandu suspek enggan berhenti bagi tujuan pemeriksaan, sebaliknya terus memecut laju ke arah pusat bandar Bintulu.

Jelasnya, kenderaan MPV polis itu kemudiannya mengejar kereta yang dipandu suspek secara merbahaya dan ketika hendak keluar simpang menuju ke jalan utama, kenderaan suspek telah merempuh kenderaan MPV polis berkenaan.

Keadaan dua kenderaan yang bertembung sejurus kejar-mengejar.
Keadaan dua kenderaan yang bertembung sejurus kejar-mengejar.

Katanya, pemeriksaan awal yang dijalankan ke atas suspek mendapati pemandunya merupakan remaja lelaki berumur 17 tahun manakala seorang lagi kawan perempuannya yang turut berada dalam kereta terbabit juga berumur 17 tahun.

Difahamkan suspek melarikan diri kerana tidak mempunyai lesen memandu manakala kereta yang dipandunya merupakan milik bapanya.

Suspek dan kawan perempuannya itu kemudiannya dibawa ke balai polis bagi siasatan lanjut.

  • oleh
  • Advertisement