Anda di sini

KDFA sasar 12 pasukan sertai Liga Kuching 2017

Advertisement

KUCHING: Persatuan Bolasepak Bahagian Kuching (KDFA) menyasarkan sekitar 12 pasukan mengambil bahagian dalam saingan Liga Kuching 2017 yang dijangka bermula pada pertengahan Julai depan.

 Presiden KDFA Rakawi Ibrahim ketika dihubungi berkata pihaknya telah membuat persiapan awal untuk menganjur temasya berprestij itu.

 “Saingan Liga Kuching 2017 akan bermula serentak dengan liga-liga di bahagian lain.

 “Ini berdasarkan peraturan baru dikeluarkan badan induk, Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) baru-baru ini.

 “Saya menyasarkan 12 atau minima lapan pasukan mengambil bahagian kali ini dan menjangkakan ia akan bermula pada pertengahan Julai depan,” katanya semalam.

 Menurut Rakawi , penetapan venue, tarikh dan sebarang perubahan terhadap penganjuran liga kali ini akan dibincangkan dalam mesyuarat KDFA diadakan dalam masa terdekat.

 Apa yang pasti, dua venue tahun lepas iaitu Stadium Padang C dan Padang D, Petra Jaya mungkin dikekalkan sebagai gelanggang kejohanan.

Advertisement