Anda di sini

Negara Teluk putus hubungan dengan Qatar

Advertisement
 Raja Arab Saudi Salman Abdulaziz (tengah) menyambut ketibaan Sheikh Tamim sempena sidang kemuncak negara-negara Arab dan Amerika Selatan di Riyadh pada 10 November, 2015. — Gambar Reuters
DAHULU MESRA: Raja Arab Saudi Salman Abdulaziz (tengah) menyambut ketibaan Sheikh Tamim sempena sidang kemuncak negara-negara Arab dan Amerika Selatan di Riyadh pada 10 November, 2015. — Gambar Reuters

RIYADH: Negara-negara Teluk semalam mengumumkan bahawa mereka memutuskan hubungan diplomatik dengan negara jiran Qatar dan memansuhkan perjanjian pakatan ketenteraan, tidak sampai sebulan selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump melawat wilayah itu bagi memperkukuhkan hubungan dengan negara kuasa utama Arab Saudi.

Dalam krisis diplomatik yang paling serius di wilayah ini sejak beberapa tahun, negara jiran Qatar di Teluk seperti Riyadh, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu termasuklah Mesir semuanya telah mengumumkan bahawa mereka memutuskan hubungan dengan negara kaya gas asli Qatar.

Riyadh telah memutuskan hubungan diplomatik dan menutup sempadan kepada negara jirannya itu bagi melindungi keselamatan negara dari sebarang bahaya bagi keganasan dan ekstremisme, menurut pihak rasmi Saudi Press Agency.

Seorang pegawai Arab dipetik oleh SPA menyatakan Riyadh memutuskan untuk memutuskan hubungan diplomatik dan konsular dengan Qatar, serta untuk menutup semua pelabuhan darat, laut dan udara.

“Langkah tegas dijangka gara-gara pencabulan sepenuhnya pihak berkuasa di Qatar sepanjang beberapa tahun lepas,” menurut kenyataan Arab.

Ramai ekspatriat dan pelancong Arab menggunakan Qatar sebagai pintu masuk mereka ke kerajaan tersebut.

Pakatan ketenteraan diketuai Arab Saudi yang selama lebih dua tahun telah menentang pemberontak dibantu Iran di Yaman dalam keadaan berasingan telah mengumumkan Qatar tidak lagi diterima dalam pakatan tersebut.

Dalam satu kenyataan, pakatan tersebut telah menuduh Qatar sebagai menyokong organisasi pengganas di Yaman.

Yaman kemudiannya turut mengumumkan bahawa mereka telah membuat keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar

Qatar telah mengarahkan jet pejuangnya dalam pakatan tersebut untuk melancarkan serangan udara ke atas pemberontak Huthi di Yaman.

Kementerian luar Mesir turut menuduh Doha menyokong keganasan dan mengumumkan penutupan pelabuhan dan lapangan terbangnya kepada syarikat penerbangan Qatar.

Doha telah melancarkan satu siasatan mengenai apa yang dikatakan sebagai ‘penggodaman’ terhadap media negara selepas ia menyatakan kenyataan palsu dan mengejutkan terhadap Emir Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani disiarkan dalam laman sesawang Qatar News Agency pada bulan lepas.

Laporan memetik beliau mempersoalkan kesungguhan AS terhadap Iran, menyebut tentang ketegangan di antara Doha dan Washington, memberikan komen terhadap Hamas dan meramalkan bahawa Trump mungkin tidak kekal berkuasa bagi satu tempoh yang panjang.

Komen tersebut telah dilakukan selepas kunjungan Trump ke wilayah itu.

Bagaimanapun, Doha telah menafikan semua komen dan menyatakan ia menjadi mangsa bagi satu jenayah siber yang memalukan.

Qatar setakat ini tidak menyatakan apa-apa mengenai di mana  serangan siber pada 24 Mei itu berasal.

Namun kuasa-kuasa wilayah termasuk Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu telah menggunakan komen-komen bagi menunjukkan bahawa Qatar telah menyimpang keluar dari polisi asing Teluk, terutama berkaitan dengan Iran.

Beberapa organisasi media di beberapa negara di wilayah itu melaporkan komen amir sebagai fakta, di sebalik penafian rasmi Qatar.

Mereka turut menyekat badan penyiaran dan laman sesawang Qatar susulan komen tersebut.

Dalam petanda hubungan semakin buruk di antara Qatar dengan negara jirannya, akhbar Arab melaporkan anggota sebuah keluarga terkenal di Arab menuntut supaya Masjid Jamek Qatar, Masjid Sheikh Muhammad Ibn Abdul Wahhab, dinamakan semula.

Permintaan itu muncul ketika persoalan mengenai hubungan keluarga diraja Qatar dengan Abdul Wahhab, pengasas bersama negara Arab.

Pakar bimbang situasi semasa akan menyebabkan berulangnya krisis pada 2014, ketika beberapa negara Teluk memanggil pulang duta mereka dari Doha yang didakwa mengemukakan sokongannya terhadap Ikhwan Muslimin di Mesir.

Pada minggu lepas, amir Qatar pergi ke Kuwait untuk menemui Emir Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah dalam apa yang dilihat sepenuhnya sebagai cubaan untuk berunding dengan rakyat Kuwait. — AFP

Advertisement