Anda di sini

Lelaki ditemui mati dengan kesan kelar di leher

Advertisement

IPOH: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dan terdapat kesan kelar di leher di kawasan semak di belakang rumahnya di laluan Sungai Pari 16, Buntong 1 di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata mangsa dikenali sebagai Daljit Singh Jigendar Singh, 47, yang ditemui oleh adiknya kira-kira jam 4 petang.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian menjumpai sebilah pisau berlumuran darah berhampiran mangsa, namun tiada kesan pergelutan ditemui. Satu nota yang ditinggalkan oleh mangsa turut ditemui di dalam biliknya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Sum, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini namun keputusan bedah siasat masih belum diperoleh.

Katanya punca sebenar kematian masih dalam siasatan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai  mati mengejut. — Bernama

Advertisement