Anda di sini

Tiang elektrik patah akibat angin kencang

Advertisement

(Hakcipta terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula sama ada menerusi media sosial atau bercetak tanpa kebenaran dan kredit kepada Utusan Borneo akan diambil tindakan selanjutnya.)

 
 

KUCHING: Angin kencang ketika hujan lebat menyebabkan empat tiang elektrik patah, di sini, petang tadi.

Kejadian itu mengakibatkan bekalan kuasa di sebahagian kawasan Santubong dan Damai, di sini terjejas.

Sarawak Energy dalam satu kenyataan memberitahu, kerja-kerja membaik pulih sedang dijalankan.

Bekalan kuasa dijangka kembali pulih sepenuhnya dalam jangka masa empat jam.

Advertisement