Anda di sini

Empat pasangan kembar jadi pelajar UNIMAS

Advertisement

Kumpulan pelajar ini mengikuti pengajian setahun atau dua semester di PPPU bagi sesi akademik 2017/2018

KOTA SAMARAHAN: Empat pasangan kembar antara 730  pelajar baharu yang melafaz ikrar bagi Program Asasi Sains di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) semalam.

Kumpulan pelajar ini akan mengikuti pengajian selama satu tahun atau dua semester di Pusat Pengajian Pra Universiti (PPPU) UNIMAS bagi sesi akademik 2017/2018.

Pasangan kembar Abby Lian Hendrick dan Ally Lian Hendrick yang ditemui semalam berkata memasuki universiti yang sama merupakan satu kebetulan bagi mereka.

Menurut Abby yang merupakan kakak kepada Ally, mereka berdua masing-masing memohon pengajian di universiti yang berbeza selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Namun secara kebetulan mereka mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di universiti yang sama tetapi dalam aliran yang berlainan.

Saya mengambil Program Asasi Sains Fizikal manakala adik saya Ally mengikuti Program Asasi Sains Hayat,” kata pasangan kembar berusia 17 tahun berbangsa Bidayuh ini.

Sementara itu, pasangan kembar Muhammad Iman Izzam dan adiknya Muhammad Aiman Izzam dari Selangor berkata mereka bertuah kerana berjaya memasuki UNIMAS.

Mendapat tawaran menyambung pengajian di universiti ini merupakan satu daripada impian kami berdua kerana kami ingin mempelajari kepelbagai budaya yang terdapat di negeri ini.

Tambahan pula, ibu saya berasal dari sini (Petra Jaya) dan ini akan membolehkan kami berdua dekat dengan kampung halaman yang jarang kami dekati sebelum ini,” kata pasangan kembar ini.

Iman yang mengikuti pengajian dalam Program Asasi Sains Fizikal merancang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal.

Manakala adik kembarnya, Aiman yang mengikuti Program Asasi Sains Hayat merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan.

Sementara itu asangan kembar tidak seiras dari Demak Laut, Azlan Haziq Amirool dan adiknya Anissa Haziqah Amirool masing-masing mengikuti pengajian dalam Program Asasi Sains Fizikal dan Sains Hayat.

Manakala satu lagi pasangan kembar lelaki, Mohammad Amir Luqman Bastari dan adiknya Mohammad Amir Irman Bastari berasal dari Kampung Tambirat.

  • oleh
  • Advertisement