Anda di sini

Air Asia mulakan penerbangan Kuching-Pontianak

Advertisement

(Hakcipta terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula sama ada menerusi media sosial atau bercetak tanpa kebenaran dan kredit kepada Utusan Borneo akan diambil tindakan selanjutnya.)

Penerbangan pertama AirAsia dari Pontianak ke Kuching tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini pada jam 1.50 petang tadi.
Penerbangan pertama AirAsia dari Pontianak ke Kuching tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini pada jam 1.50 petang tadi.

KUCHING: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia memulakan operasi penerbangan pertamanya dari Pontianak, Indonesia ke Kuching hari ini.

Laluan baharu Kuching-Pontianak ini akan beroperasi dengan kekerapan tujuh kali seminggu.

Bagi meraikan laluan baharu tersebut, AirAsia menawarkan promosi tambang termasuk semua dari serendah RM89 sehala di airasia.com mulai sekarang hingga 18 Jun 2017 untuk perjalanan dari 5 Jun ini hingga 14 Januari tahun depan.

Harga promosi tersebut juga boleh didapati dengan menempah penerbangan melalui aplikasi mudah alih AirAsia untuk peranti iPhone dan Android serta di laman mudah alih mobile.airasia.com.

AirAsia kini terbang ke sepuluh destinasi dari Kuching dengan sejumlah 468 penerbangan mingguan dua hala.

Destinasi tersebut adalah Miri, Sibu, Bintulu, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Singapura dan Pontianak.

  • oleh
  • Advertisement