Anda di sini

Peserta Shanghai dinobatkan Miss Chinese World 2017

Advertisement
 Yin Zhuo Qun (tengah) dari Shanghai, China dinobatkan sebagai Miss Chinese World 2017 di Petaling Jaya, semalam. Chang Yu Chin tempat kedua (kiri) manakala tempat ketiga Dai Tian. — Gambar Bernama
JELITAWAN: Yin Zhuo Qun (tengah) dari Shanghai, China dinobatkan sebagai Miss Chinese World 2017 di Petaling Jaya, semalam. Chang Yu Chin tempat kedua (kiri) manakala tempat ketiga Dai Tian. — Gambar Bernama

PETALING JAYA: Yin Zhuo Qun dari Shanghai, China dinobatkan sebagai Miss Chinese World 2017, di sini malam kelmarin setelah mengalahkan 31 peserta dari 10 negara lain.

Perancang media itu menerima hadiah berupa biasiswa bernilai RM100,000, trofi dan beberapa hadiah istimewa lain daripada presiden dan pemilik Miss Chinese World Tan Sri Danny Ooi.

Tempat kedua dimenangi model sambilan, Chang Yu Chin, 20, dari Taiwan dan tempat ketiga menjadi milik pelakon Dai Tian, 25, dari Qingdao, China.

Wang Ruo Han, 22, dari Qinhuangdao, China, pula dipilih sebagai pemenang bagi kategori Miss Friendship, manakala Fransiska Indrayani, 25, dari Surabaya, Indonesia, meraih temat pertama bagi Pakaian Kebangsaan Terbaik 2017.

Peserta Malaysia, Chong Jia Ying, 22 , dari Pulau Pinang, memenangi gelaran Oriental 2017.

Antara yang menjadi hakim peringkat akhir pertandingan itu ialah selebriti tempatan, Tony Eusoff, penyanyi Winnie K, pereka pakaian Jason Yek dan perunding imej, Michael Poh.

Sementara itu, Ooi berkata beliau gembira kerana Miss Chinese World Pageant kini diadakan semula selepas lima tahun.

Kata beliau, pertandingan kali ini adalah yang ketiga sejak 2005 dan pihaknya akan menjadikannya acara tahunan.

Masa berlalu, generasi baharu kita semakin terdedah kepada kemodenan dan kadang-kadang ia membuatkan mereka lupa kepada akar budaya, tradisi dan nilai masyarakat Cina,” katanya kepada pemberita selepas pertandingan itu.

Beliau berkata melalui the Miss Chinese World 2017, budaya dan tradisi masyarakat Cina dapat terus dipelihara kerana kebanyakan aktivitinya ditujukan ke arah itu. — Bernama

Advertisement