Anda di sini

Wakil Pos Malaysia ungguli badminton Jabatan Perangkaan

Advertisement
 Para pemenang bergambar kenangan selepas menerima hadiah masing-masing.
TERBAIK: Para pemenang bergambar kenangan selepas menerima hadiah masing-masing.

KUCHING: Beregu Moham­ad Shahrizal Arabi dan Awang Johari Awang Daud beraksi cemerlang sebelum merang­kul kejuaraan Pertandingan Badminton Double Knock Out Antara Beregu (Lelaki) Jemputan Kelab Sukan & Rekreasi Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sarawak Edisi 1/2017 yang diadakan di Dewan Wisma Kebajikan, Jabatan Kebajikan Masyar­akat, Jalan Siol Kanan baru-baru ini.

Wakil Pos Malaysia itu menewaskan Abang Jamadilhir Abang Mostafa dan Hafdan Morshidi yang mewakili BOM­BA A dalam aksi final sengit.

Temat ketiga dirangkul BOMBA B (Reo Ismail-Fairus Jamain) dan keempat milik Imigresen (Zaidi Johari dan Azizam Hossen).

Selaku juara, Pos Malaysia menggondol hadiah wang tu­nai RM300, piala dan pingat manakala BOMBA A pula meraih RM200, piala dan pingat.

BOMBA B dan Imigresen masing-masing menerima RM100 dan RM50 berserta piala dan pingat.

Antara lain, pertandingan itu bertujuan mengeratkan silaturahim antara pemain dari pelbagai agensi kerajaan selain memupuk budaya bersukan dalam kalangan penjawat awam.

Advertisement