Anda di sini

Cuba curi bateri jengkaut, dua lelaki diberkas

Advertisement
 Suspek dihantar ke HUS untuk rawatan sebelum ditahan di lokap polis untuk siasatan lanjut.
DITAHAN: Suspek dihantar ke HUS untuk rawatan sebelum ditahan di lokap polis untuk siasatan lanjut.

KUCHING: Cubaan dua lelaki untuk mencuri bateri sebuah jengkaut di sebuah tapak pembinaan di Jalan Tun Jugah di sini tidak berjaya apabila kedua-dua mereka ditangkap oleh pengawal keselamatan semalam.

Menurut sumber, kedua-dua suspek yang berusia 20-an mulanya dilihat mencurigakan oleh pengawal keselamatan yang kemudian mengekori mereka untuk beberapa minit.

Hasil pemerhatian oleh pengawal keselamatan mendapati suspek cuba mencuri bateri sebuah jengkaut menyebabkan mereka terus ditangkap.

Suspek bagaimanapun dikatakan bertindak agresif semasa ditahan, namun berjaya ditahan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” kata sumber.

Suspek yang mengalami kecederaan kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan sebelum ditahan di lokap polis.

Laporan polis berhubung kejadian telah dibuat dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Advertisement