Anda di sini

Borneo Jazz Festival 2017 tarik ribuan pengunjung

Advertisement
 Laila menghiburkan pengunjung dengan pianonya.
PENGHIBUR: Laila menghiburkan pengunjung dengan pianonya.

MIRI: Penganjuran Borneo Jazz Festival (BJF) 2017 di sini terbukti berjaya apabila menarik kehadiran ribuan pengunjung sepanjang tempoh dua hari pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Pada hari kedua festival, ia berjalan lancar dengan keadaan cuaca yang amat baik walaupun hujan lebat mula turun di pertengahan acara.

Walaupun hujan turun dengan lebat, tetapi ia tidak mematahkan semangat pengunjung untuk terus berada di hadapan pentas berhibur menikmati dendangan irama jazz.

Pentas dibuka dengan persembahan dari kumpulan Michael Simon’s Asia Connection, gabungan pemuzik daripada Malaysia, Netherlands dan Taiwan.

Penonton disajikan dengan rentak Latin ditambah dengan sentuhan melodi Asia membuatkan muzik jazz tersebut berharmoni, keunikan muzik jazz rentas sempadan dan budaya itu telah mengejutkan pendengarnya.

Persembahan kedua pula dihidangkan dengan aksi memakau daripada pemain piano terhandal, Laila Biali.

Bukan sahaja beliau menunjukkan kepandaiannya bermain dengan alat muzik piano, malahan beliau turut melontarkan keenakan suaranya menyanyikan beberapa buah lagu berunsurkan pop moden dan jazz kontemporari.

BJF 2017 turut menampilkan persembahan kumpulan Jazz daripada Indonesia, Idang Rasjidi Syndicate, terkenal di antara yang memartabatkan genre muzik ini di negara tersebut.

Idang Rasjidi yang terkenal dengan kemahiran bermain ‘keyboards’ dan keenakan vokalnya, telah membawa inspirasi Nusantara pada BJF 2017.

Persembahan pada malam itu, diakhiri dengan aksi hebat kumpulan dari Jepun, Osaka Monaurail yang membawa aliran muzik jazz berunsurkan ‘funk’.

Segak menggayakan sut semasa persembahan, pengunjung kelihatan gembira menari mengikut rentak muzik yang dibawakan oleh Osaka Monaurail.

 Kumpulan Osaka membuat persembahan dengan gaya tersendiri.
SEGAK: Kumpulan Osaka membuat persembahan dengan gaya tersendiri.
  • oleh
  • Advertisement