Anda di sini

Guru buat kejutan berpakaian seragam sekolah

Advertisement

KUCHING: Sekolah Kebangsaan (SK) Selampit, Lundu meriah dengan hilai tawa anak murid menyaksikan warga pendidik berpakaian seragam pelajar sekolah rendah.

Guru SK Selampit, Moris Johnny berkata tema 'Back to School' dipilih hasil daripada persetujuan bersama para guru sekolah terbabit seminggu lepas selepas merancang sambutan itu sejak tiga minggu lalu.

'Berkemungkinan di sekolah lain sambutan bertema seperti ini telah banyak kali dilakukan tetapi tidak di sekolah kami yang sememangnya meninggalkan memori terindah buat warga pendidik selama-lamanya," katanya bersempena dengan sambutan Hari Guru 2017 di sekolah itu tadi.

Sekolah itu membuat persediaan rapi dengan mengadakan pelbagai aktiviti menarik khas buat warga guru bersama-sama 190 orang pelajar dari pra sekolah ke Tahun 6.

Guru Besar SK Selampit, Boda Ginyo turut kelihatan sempoi berseluar pendek biru dan kemeja putih memotong kek sempena sambutan Hari Guru.

Bagi kalangan guru yang pernah menuntut dan kini berbakti semula di sekolah, ia pasti meninggalkan kenangan manis buat diri mereka masing-masing.

Moris (kiri depan) berswafoto bersama rakan warga pendidik yang lain ketika sambutan Hari Guru 2017 di SK Selampit, Lundu hari ini.
Moris (kiri depan) berswafoto bersama rakan warga pendidik yang lain ketika sambutan Hari Guru 2017 di SK Selampit, Lundu hari ini.
Guru SK Slampit di Lundu merakam album secara berkumpulan sebagai tanda kenangan meraikan Hari Guru 2017
Warga guru SK Selampit, Lundu membuat gaya bebas untuk lensa kamera sempena Hari Guru 2017 
  • oleh
  • Advertisement