Anda di sini

Warga emas 100 tahun gembira dapat kad MyPR

Advertisement

Hasrat miliki MyKad belum tercapai biarpun tiga kali mohon

 Warga emas Tan Kim Cheng gembira menerima kad pengenalan pemastautin tetap daripada Mohd Yazid (kanan) di Taman Pertama di Taiping, semalam. Tan, 100, dilahirkan di China pada 1917 dan datang ke Malaysia pada 1940. — Gambar Bernama
TERIMA KASIH: Warga emas Tan Kim Cheng gembira menerima kad pengenalan pemastautin tetap daripada Mohd Yazid (kanan) di Taman Pertama di Taiping, semalam. Tan, 100, dilahirkan di China pada 1917 dan datang ke Malaysia pada 1940. — Gambar Bernama

TAIPING: Meskipun hasratnya untuk mendapatkan kad pengenalan warganegara Malaysia (MyKad) belum tercapai, namun Tan Kim Cheng tetap gembira dengan kad Permastautin Tetap (MyPR) yang diberikan kepadanya semalam.

Wanita yang kini berumur 100 tahun itu menerima MyPR daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Mohd Yazid Ramli di rumahnya di Taman Pertama, Aulong di sini.

Warga emas yang berasal dari Ghuang Zou, China itu dilahirkan pada 10 Mac 1917 sebelum berhijrah ke negara ini bersama suaminya pada 1940. Mereka mempunyai 10 orang anak.

Seorang daripada anaknya, Bay Hai Chan, 64, ketika ditemui berkata ibunya telah tiga kali mengemukakan permohonan untuk mendapat MyKad, tetapi tidak berjaya dan hanya diberikan Mykad sementara.

Saya gembira dapat kad MyPR ini dan terima kasih kepada JPN,” katanya sambil menambah rahsia ibunya kekal sihat adalah dengan mengamalkan makan bubur dan minum air suam.

Sementara itu, Mohd Yazid berkata pihaknya sedang memproses permohonan warga emas itu untuk mendapatkan MyKad sebelum dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk kelulusan.

Kita tidak mempunyai masalah asalkan permohonan beliau lengkap untuk pertimbangan kerana kerajaan yang akan meluluskan permohonan itu.

Syarat untuk warga yang lahir di luar mendapatkan kad pemastautin tetap negara ini hendaklah boleh berbahasa Malaysia, berkelakuan baik dan mempunyai dokumen lengkap seperti yang disyaratkan dalam Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita. — Bernama

Advertisement