Anda di sini

Pemandu maut tersepit dalam kemalangan

Advertisement

BINTULU: Seorang lelaki maut di tempat kejadian apabila kereta dipandu berlanggar dengan sebuah lori di Jalan Batu 6, di sini, kira-kira 4.30 pagi tadi.

Mangsa yang dikenalpasti sebagai Jimbun Unguom, 44 disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu turut ke lokasi bagi membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kenderaan, sebelum menyerahkannya kepda polis untuk tindakan lanjut.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat.

Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan
Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan
  • oleh
  • Advertisement