Anda di sini

Inisiatif akan dilaksana

Advertisement

Abang Johari sangkal dakwaan DAP, sudah buat perkiraan semua inisiatif dilaksana dalam tiga hingga empat tahun.

 Abang Johari (duduk, tengah) bergambar bersama semua ADUN dan Ahli Parlimen yang menghadiri Seminar Ahli Parlimen di Kuching, semalam.
UNTUK ALBUM: Abang Johari (duduk, tengah) bergambar bersama semua ADUN dan Ahli Parlimen yang menghadiri Seminar Ahli Parlimen di Kuching, semalam.

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menyangkal dakwaan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang mengatakan semua inisiatif diumumnya hanya ‘angan-angan kosong.’

Saya mempunyai perkiraan sendiri, dalam masa tiga hingga empat tahun, inisiatif-inisiatif yang saya umumkan sempena 100 hari menjadi Ketua Menteri akan mula dilaksanakan.

Kita (kerajaan negeri) mesti melaksanakannya, kita tidak mahu ia hanya angan-angan kosong.

Saya umum (inisiatif-inisiatif) bukan umum sembarangan. Saya sudah membuat perkiraan dalam tempoh empat tahun inisiatif ini akan dilaksana,” tegasnya ketika berucap pada merasmikan Seminar Ahli Parlimen di sini, semalam.

Abang Johari berkata, inisiatif membina transit aliran ringan (LRT) akan dimulakan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Apabila saya mengumumkan LRT, saya sudah membuat perkiraan sekurang-kurangnya LRT utama kita dapat lakukannya yang pertama dari Serian ke Damai.

Pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sudah bermula, sudah ada sektor swasta DANAWA telah menandatangani perjanjian dengan Inosat yang akan bekerjasama dengan Brunei, bermakna sudah bermula,” ujarnya.

Abang Johari menambah, pembangunan projek LRT akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri menerusi model baharu iaitu Bank Pembangunan Sarawak (DBOS).

Ada orang bertanya kepada saya (ketika di Kuala Lumpur) sama ada kerajaan pusat akan membiayai projek LRT Sarawak, saya kata tidak, ini adalah inisiatif kerajaan negeri.

Ini kerana Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) mahu membina LRT di Pulau Pinang tetapi sudah dua tahun ia masih belum dimulakan,” katanya.

Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) akan berusaha menunaikan janji kepada rakyat walaupun terpaksa membelanja billion ringgit untuk memastikan inisiatif-inisiatif berkenaan dilaksanakan.

  • oleh
  • Advertisement