Anda di sini

Lelaki direman bantu siasatan kes curi

Advertisement

KUCHING: Seorang lelaki ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes curi kedai runcit di Demak Laut.

Saspek berusia 34 tahun dari Kampung Muara Tebas itu dilaporkan telah memecah masuk sebuah kedai runcit sekitar jam 10 malam Sabtu lalu.

Bagaimanapun tindakan suspek disedari salah seorang pekerja yang tinggal di tingkat atas premis tersebut apabila terdengar bunyi bising dari dalam kedai.

Pekerja terbabit kemudian memaklumkan perkara itu kepada majikannya sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Sebaik sampai, pemilik kedai bersama pekerjanya membuka pintu dan mendapati suspek yang berada di dalam kedai cuba melarikan diri.

Namun, cubaan suspek melarikan diri gagal apabila berjaya ditangkap sebalum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai mengesahkan tangkapan itu ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, tangkapan ke atas suspek tersebut kerana melakukan kesalahan mencuri dan kes disiasat di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

Turut dirampas daripada suspek wang tunai RM10 sebanyak 39 keping bernilai RM390.

Advertisement