Anda di sini

Donnie Yen mahu kembali ke Sarawak bersama keluarga

Advertisement
 Donnie menandatangani autograf peminat sewaktu sudah berada di dalam kenderaan beliau semalam di perkarangan Bangunan Mahkamah Lama.
AUTOGRAF: Donnie menandatangani autograf peminat sewaktu sudah berada di dalam kenderaan beliau semalam di perkarangan Bangunan Mahkamah Lama.
 Donnie sempat berswafoto walau selepas menaiki kenderaan untuk berangkat pulang kerana sayangkan peminat.
SWAFOTO: Donnie sempat berswafoto walau selepas menaiki kenderaan untuk berangkat pulang kerana sayangkan peminat.

KUCHING: Bintang filem ‘Ip Man 3’, Donnie Yen bertemu kira-kira 3,000 para peminat setianya di Perkarangan Mahkamah Lama di sini pada Sabtu lepas.

Beliau hadir ditemani isteri tercinta, Cecilia Wang atau lebih dikenali sebagai Cissy Wang yang juga merupakan seorang bekas ratu cantik dari Toronto, Kanada.

Kedua-dua pasangan itu pada mulanya menghadiri sidang media bersama pengamal media tempatan dan dari negara jiran, Indonesia sebelum diiring ke kawasan perkarangan Bangunan Mahkamah Lama.

Cuaca panas bagaimanapun tidak menghalang kelincahan Donnie untuk berswafoto bersama para peminat sehingga beliau meminta untuk dibiarkan seketika oleh pasukan pegawai peribadi.

Hari itu turut menyaksikan Donnie memberikan baju percuma AIFFA 2017 kepada para peminat dan tidak melepaskan peluang untuk menandatangani plak yang disediakan pihak penganjur.

Sewaktu bertemu peminat beliau turut memberitahu bahawa pada Mac tahun depan dia sekali lagi akan menjalani penggambaran ‘Ip Man 4’ dan berharap para peminat akan terus menyokong.

Beliau juga memuji rakyat di Sarawak yang sangat penyayang dan peramah dan meluahkan hasrat untuk kembali bersama keluarganya jika berkesempatan.

Bintang ternama ini turut membintangi filem ‘Star Wars’ dengan memegang watak seorang perwira buta bernama Chirrut Imwe.

Donnie berkata beliau memang suka memegang watak lasak bertarung kerana sudah menjadi sebahagian daripada rutin hariannya.

Sebelum menjadi seorang bintang, beliau pernah mengajar seni mempertahankan diri dan menganggap seni mempertahankan diri Wing Chun adalah paling unik walaupun hanya berkesempatan untuk mendalaminya beberapa bulan sebelum penggambaran ‘Ip Man 3’ bermula.

Sementara itu, Menteri Muda Kementerian Pelancongan, Datuk Lee Kim Shin turut berkata kerajaan negeri akan menyokong Donnie sekiranya pihaknya mahu mengadakan penggambaran di Sarawak.

Turut hadir sama adalah Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Datuk Ik Pahon Joyik.

 Pertama kali ke Sarawak membuatkan hatinya girang bertemu ramai peminatnya yang penyayang dan peramah.
MAHU KEMBALI: Pertama kali ke Sarawak membuatkan hatinya girang bertemu ramai peminatnya yang penyayang dan peramah.
__alt__
  • oleh
  • Advertisement