Anda di sini

Dua maut dalam dua letupan di Manila

Advertisement
 Mayat seorang mangsa bergelimpangan di tempat kejadian ketika para pegawai polis membuat siasatan di Quiapo, Manila kelmarin. — Gambar AFP
MENGGEMPARKAN: Mayat seorang mangsa bergelimpangan di tempat kejadian ketika para pegawai polis membuat siasatan di Quiapo, Manila kelmarin. — Gambar AFP

IS segera mengaku bertanggungjawab ke atas keganasan menyasari puak Syiah

MANILA: Letupan berkembar di ibu negara Fi l ipina pada malam kelmarin telah mengorbankan dua orang dan mencederakan enam orang lagi, menurut pihak polis, hanya lebih seminggu selepas satu letupan lain di kawasan yang sama.

 Pada mulanya pihak berkuasa menyatakan tiada petunjuk bahawa letupan itu adalah serangan pengganas namun kumpulan Islamic State (IS) telah mengaku bertanggungjawab.

 Pihak militan memetik angka kematian lebih tinggi berbanding yang diberikan polis serta menyatakan ia sebagai serangan yang menyasari penduduk Syiah.

 “Lima penduduk Syiah terbunuh dan enam lagi t e r c ede r a da l am s a t u letupan bom oleh para pejuang Islamic State di tengah Manila di Filipina,” pasukan propaganda IS Amaq menyatakan dalam satu kenyataan.

 Letupan awal berlaku sekitar jam 6 petang waktu tempatan berhampiran sebuah masjid di Quiapo, salah satu daripada beberapa bahagian lebih tua di Manila yang menempatkan kawasan setinggan yang besar, menurut ketua polis daerah Oscar Albayalde.

 Letupan tersebut telah mengorbankan dua orang dan mencederakan empat yang lain, kata beliau.

 Letupan kedua berlaku di kawasan yang sama kirakira jam 8.

30 malam waktu tempatan, menurut seorang jurugambar AFP yang merupakan di antara sekumpulan wartawan berhampiran tempat kejadian.

 Dua anggota polis yang memeriksa kawasan selepas letupan per tama telah tercedera akibat letupan kedua, kata Albayalde dalam temu bual dalam televisyen GMA.

 Le tupan be r l aku di sepanjang jalan sempit yang padat dengan gerai menjual pakaian dan perkakas rumah.

 Mereka berada hanya di luar sebuah pusat komuniti Islam dan kira-kira seratus meter dari Masjid Quiapo Golden.

 Filipina merupakan negara majoriti Katolik namun penduduk minoriti Islamnya juga ketara, sebahagiannya tinggal di Quiapo.

 Letupan pertama menjejaskan beberapa bahagian pusat Islam tersebut dan memecahkan cermin tingkap di beberapa bangunan berhampiran, menurut para jurugambar AFP dan saksi.

 “Letupan tersebut sangat kuat,” kata Omar Yahya, 22, yang berada di pusat Islam ketika letupan pertama berlaku, kemudian di sebuah balai polis Manila.

 “Cermin tingkap pecah dan bahagian kayu bangunan roboh.

” Albayalde menyatakan letupan pertama kelihatan berpunca daripada satu bungkusan yang telah dihantar seorang lelaki bermotosikal.

 “Lelaki bermotosikal yang menghantar bungkusan telah terkorban.

 “Seorang lagi yang terbunuh adalah orang yang menerima bungkusan,” kata beliau dalam temu bual dengan radio DZRH.

 Albayalde menyatakan tiada petanda letupan tersebut adalah angkara serangan pengganas.

 “Kami tidak mahu membuat spekulasi namun kejadian ini kemungkinan perang kumpulan.

 “Kami tidak melihat sebarang petunjuk lain bahawa ini merupakan satu serangan pengganas,” kata beliau.

 Letupan lain di Quiapo berlaku hanya seminggu lepas ketika para pemimpin Asia Tenggara bertemu untuk persidangan beberapa kilometer jauhnya , mencederakan 14 orang.

 IS mengaku bertanggungjawab bagi letupan pada 28 April, namun pihak polis menegaskan ia sebagai bukan satu serangan pengganas , mahupun berkaitan dalam sebarang cara dengan perhimpunan pemimpin politik.

 Pihak polis menyatakan letupan pada 28 April melibatkan satu bom paip buatan sendiri dan dilakukan oleh mereka yang terlibat dalam dendam peribadi.

 Me r eka menya t aka n seorang suspek telah diberkas dalam serangan itu.

 Militan yang menyatakan kesetiaan kepada IS berpusat di selatan Filipina, lebih 800 kilometer dari Manila.

 Militan ini kebanyakannya beroperas i di selatan, walaupun mereka telah dipersalahkan bagi serangan pengganas di Manila.

 Abu Sayyaf, kumpulan paling dikenali dengan kegiatan menculik rakyat asing dan membunuh mereka jika wang tebusan tidak dibayar, dituduh mendalangi pengeboman feri di Teluk Manila pada 2004 yang menyebabkan 116 terbunuh.

 — AFP

Advertisement