Anda di sini

Filem Kanang anak Langkau rangkul anugerah di AIFFA

Advertisement
Uggah (kanan) menyampaikan trofi anugerah kepada Bade serta krew yang menjayakan Filem Kanang Anak Langkau

Uggah (kanan) menyampaikan trofi anugerah kepada Bade serta krew yang menjayakan Filem Kanang Anak Langkau

 Donnie (kanan) menerima Anugerah Inspirasi Asean AIFFA 2017 daripada Abang Johari (kanan).
Donnie Yen (kanan) menerima Anugerah Inspirasi Asean AIFFA 2017 daripada Abang Johari (kanan).
Tan Sri Lakshmanan (kanan) menyampaikan ucapan selepas menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup AIFFA 2017 daripada Abang Johari (kiri).
Tan Sri Lakshmanan (kanan) menyampaikan ucapan selepas menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup AIFFA 2017 daripada Abang Johari (kiri).

KUCHING: Filem Kanang Anak Langkau merangkul anugerah 'Asean Spirit Award' pada Malam Anugerah Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2017. 

Terbitan Tangan Seni Sdn Bhd, filem ini berkisarkan kehidupan sebenar anggota Ranger Iban Sarawak iaitu Datuk Kanang Langkau yang bertarung nyawa mempertahankan negara daripada komunis. 

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas kepada penerbit eksekutif Tangan Seni Sdn Bhd,  Zainal Fikri bersama pengarah filem, Bade Azmi serta krew yang lain. 

Sementara itu, pelakon filem aksi antarabangsa yang terkenal dengan watak Ip Man iaitu Donnie Yen dianugerahkan dengan Asean Inspiration Award AIFFA 2017. 

Pengarah filem Melayu veteran, Tan Sri Lakshmanan Krishan pula menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup AIFFA bagi edisi ketiga tahun 2017 ini. 

Kedua-dua anugerah itu disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg pada acara yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di sini malam tadi.

Filem 'The Way Station' dari Vietnam muncul Filem Terbaik selain turut merangkul dua lagi anugerah bagi kategori Pengarah Fotografi Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (Pham Hoang Phuoc). 
  
Anugerah Juri Khas 1 dan Anugerah Juri Khas 2 masing-masing dimenangi Filem Solo dan Filem Ziarah: Tales of the Otherwords dari Indonesia. 

Anugerah lain termasuklah Suntingan Filem Terbaik (Imbisibol, Filipina), Lakon Layar Terbaik (Ziarah: Tales of the Otherwords, Indonesia) dan Anugerah Penghormatan Khas (Lav Diaz, Filipina). 

Pemegang watak utama bagi filem Area iaitu Ai-Ai Delas Alas dari Filipina pula dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik manakala rakan senegara iaitu Ana Capri merangkul Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik bagi filem Laut. 

Pelakon Ricky Davoa dari Filipina memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik bagi filem Dayang Asu manakala Luisito Ignacio juga dari Filipina memenangi Anugerah Pengarah Terbaik bagi filem Area. 

Acara pada malam Sabtu itu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Ratu Rock negara, Ella dan penyanyi terkenal Zainal Abidin dan Judika dari Indonesia selain gandingan Fazura dan Jason Dy dari Filipina serta komedi oleh lelaki paling lucu  di dunia, Harith Iskandar.  

  • oleh
  • Advertisement