Anda di sini

Othman ketua delegasi Malaysia ke Mesyuarat Tahunan Lembaga Gabenor Bank Pembangunan Asia

Advertisement

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Wira Othman Aziz sedang mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Tahunan Lembaga Gabenor Bank Pembangunan Asia (ADB) ke-50 dan Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan ASEAN+3 serta Mesyuarat Gabenor Bank Pusat (AFMGN+3) ke- 20 di Yokohama, Jepun, mulai semalam.

 Menurut satu kenyataan dari Kementerian Kewangan semalam, bertemakan ‘Membangunkan Kemakmuran Asia Secara Bersama’, Mesyuarat Tahunan Lembaga Gabenor ADB ke-50 akan dihadiri oleh ketua-ketua negara, gabenorgabenor bank pusat dan perwakilan daripada sektor swasta serta akademik.

 Penyertaan Malaysia dalam kedua-dua Mesyuarat Tahunan Lembaga Gabenor ADB ke-50 serta AFMGM+3 mengukuhkan komitmen negara dalam memastikan kestabilan ekonomi dan kewangan di rantau ini diberi keutamaan.

 “Penglibatan Malaysia dalam mesyuarat itu juga akan melindungi kepentingan kami di rantau ini,” katanya sambil menambah bahawa mesyuarat itu akan berakhir pada Ahad ini.

 Othman juga akan menemui Presiden ADB Takehiko Nakao untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pembiayaan bagi pembangunan serantau.

 Mesyuarat Tahunan ADB akan membolehkan gabenorgabenor dari negara anggota menyediakan panduan ke atas pentadbiran, kewangan dan hala tuju pengoperasian ADB.

 Ia juga akan memberi peluang kepada kerajaan yang menjadi anggota bagi bertemu dengan kakitangan ADB, pertubuhan bukan kerajaan, perwakilan dari negara pemerhati, organisasi antarabangsa, ahli akademik dan sektor swasta.

 Beberapa seminar akan turut diadakan, menampilkan ahliahli panel yang terkemuka bagi membincangkan isu-isu pembangunan, kewangan dan ekonomi yang terkait dengan pihak yang berkepentingan dengan ADB.

 Topik- topiknya akan menyentuh tentang peluang Asia untuk 50 tahun akan datang, kemajuan perkongsian swasta-awam dan cabaran di Asia serta Pasifik termasuk kepimpinan wanita untuk kehidupan di bandar.

 Sementara itu, AFMGM+3 yang ke-20 akan membincangkan kemajuan dalam kerjasama ekonomi serantau, termasuk cabaran serta prospek ekonomi di rantau ini dan antarabangsa.— Bernama

Advertisement