Anda di sini

Letupan besar dekat lapangan terbang Damsyik: Pemantau

Advertisement

BEIRUT: Letupan besar berlaku berhampiran Lapa-ngan Terbang Antarabangsa Damsyik awal semalam dan mencetuskan kebakaran besar, kata sebuah kumpulan pemantau, tanpa menyebut puncanya.

Letupan itu berlaku di luar lapangan terbang itu sendiri. Ia tidak segera jelas sama ada ia adalah hasil serangan udara atau serangan darat, kata Observatori Hak Asasi Manusia Syria.

Pesawat perang Israel telah menyerang lapangan terbang itu dan pangkalan lain di sekitar ibu negara pada masa lalu, dengan menyasari apa yang ia dakwa adalah tempat penyimpanan stok senjata bagi musuhnya di Lubnan, Hizbullah, yang bersekutu dengan kerajaan Syria.

Televisyen Al-Manar milik Hizbullah berkata letupan itu “mungkin” disebabkan oleh serangan udara Israel.

Letupan itu begitu besar sekali,” kata ketua Observatori, Rami Abdel Rahman, kepada AFP.

Ia adalah tidak jelas apa yang menyebabkan letupan itu tetapi kebakaran sedang marak di lokasi.”

Al-Manar berkata serangan itu menyebabkan hanya kerosakan bahan sahaja.

Wartawan Al-Manar me-laporkan satu letupan berlaku pada waktu subuh Khamis dalam tangki minyak dan sebuah gudang berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik dan ia mungkin hasil serangan Israel,” kata saluran itu.

Lapangan terbang itu terletak kira-kira 25 kilometer ke tenggara ibu negara.

Ia terkena serangan udara Israel pada Disember 2014, media kerajaan Syria melaporkan ketika itu.

Israel biasanya tidak me-ngesahkan mahupun menafikan setiap serangan yang ia lancarkan.

Namun pada bulan lepas, ia berkata ia telah melancarkan beberapa serangan berhampiran kota gurun Palmyra di Syria, dengan menyasari apa yang ia sebut sebagai “senjata canggih” milik Hizbullah.

Serangan itu mendorong Syria untuk melancarkan serangan balas dengan misil darat ke udara, dan satu daripadanya dipintas di ruang udara wilayah Israel dalam pertempuran paling sering di antara kedua-dua negara jiran itu sejak perang saudara Syria bermula enam tahun lalu.

Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman, meng-ugut untuk memusnahkan sistem pertahanan udara Syria jika ia digunakan sekali lagi.

Pada 13 Januari lalu, Syria menuduh Israel mengebom pangkalan udara Mazzeh di bandar pinggir barat ibu negara. Beberapa serangan berlaku berhampiran pangkalan yang sama pada tahun lepas.

Pada April 2016, Netanyahu mengakui buat pertama kali bahawa Israel telah menyerang puluhan konvoi di Syria yang menurutnya mengangkut senjata untuk Hizbullah.

Israel dan Syria masih berperang secara teknikal, tetapi barisan gencatan sen-jata umumnya sudah senyap selama berdekad-dekad sehingga 2011 apabila konflik Syria bermula.

Israel dan Hizbullah terbabit dalam peperangan selama 34 hari pada 2006 yang me-ngorbankan 1,200 di Lubnan, kebanyakannya orang awam, dan 160 warga Israel, keba-nyakannya askar. — AFP

Advertisement