Anda di sini

Papan tanda informasi bolehkan pelancong mengetahui lokasi dan sejarah Sandakan

Advertisement

SANDAKAN: Papan Tanda Informasi Jejak Warisan Sandakan adalah antara usaha terbaharu kerajaan negeri untuk mempromosi tarikan pelancongan di daerah ini.

Jejak Warisan Sandakan itu membabitkan laluan ke-11 tempat warisan bersejarah sekitar Sandakan iaitu Masjid Jamek Sandakan, Tugu William Prayer, Tugu Peperangan Sandakan, Tangga Langkah Seratus, Rumah Agnes Keith, Muzium Warisan Sandakan, Kuil Cina Sam Sing Kung, Gereja St. Michael, Air Pancutan Malaysia, Wisma Warsan dan Tangga Lama.

Papan Tanda Informasi Jejak Warisan Sandakan itu, yang dilancarkan oleh Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Datuk James Wong, terletak di tangga menuju Wisma Sandakan dan Wisma Perbandaran Majlis Perbandaran MPS.

Pengerusi Jawatankuasa Jejak Warisan Sandakan Lai King Hang berkata papan tanda itu mesra pengguna termasuk memaparkan imej yang dirakam tahun lepas oleh pemenang pertandingan fotografi menggunakan drone.

Menerusi papan tanda itu, kod QR boleh diimbas menerusi telefon pintar dengan paparan peta lokasi Jejak Warisan Sandakan,” katanya pada majlis pelancaran itu.

Wong dalam ucapannya pula berkata usaha Jawatankuasa Jejak Warisan Sandakan itu membantu  pelancong mengetahui lokasi dan sejarah jejak warisan itu. — Bernama

Advertisement