Anda di sini

Nestle lancar KitKat Mini serba baharu dengan kelazatan hebat

Advertisement
 Sachin Goel pada majlis pelancaran KitKat Mini serba baharu di pusat beli-belah Sunway Pyramid baru-baru ini.
PRODUK GLOBAL: Sachin Goel pada majlis pelancaran KitKat Mini serba baharu di pusat beli-belah Sunway Pyramid baru-baru ini.

PETALING JAYA: Nestlé Malaysia menerusi jenama coklat terkenal Malaysia, KitKat baru-baru ini telah melancarkan KitKat Mini serba baharu yang menampilkan lapisan krim lazat yang diapit dengan wafer rangup bersalut coklat susu yang enak.

Didatangkan dengan tiga jenis variasi iaitu KitKat Mini Caramel, KitKat Mini Cookies & Cream dan KitKat Mini Mocha,  masing-masing memiliki personaliti tersendiri yang sesuai dinikmati dalam pelbagai suasana.

Kit Kat Mini Caramel dilimpahi dengan cita rasa dan tekstur lunak serta sensual, manakala Kit Kat Mini Cookies & Cream memiliki lapisan lembut berkrim yang diapit dengan biskut rangup dan KitKat Mini Mocha pula menampilkan aroma kopi sejati yang sungguh menyelerakan.

Cita rasanya itu meresap ke seluruh bahagian snek jejari tersebut dengan aroma lazat dan rasa mewah yang memberikan keenakan yang sungguh memuaskan. Bahagian tengahnya yang berkrim dan wafer rangup bersalut coklat susu yang lembut itu pasti memberi kepuasan kepada anda dalam apa jua suasana.

Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Konfeksi (Pasaran ASEAN), Nestlé Malaysia Sachin Goel, berkata, kami mempunyai kelebihan dalam mencipta sesuatu yang hebat, lazat dan menyeronokkan untuk dinikmati oleh penggemar KitKat selain menambah keceriaan waktu rehat mereka dengan KitKat.

Ia merupakan snek lazat yang membuatkan anda ingin berhenti sejenak untuk menikmatinya di mana sahaja dan cara terbaik untuk berehat bagi membolehkan anda meraikan setiap kejayaan yang anda capai sepanjang kesibukan seharian.”

KitKat adalah produk konfeksi global pertama yang dihasilkan menggunakan 100% koko mapan yang diperoleh menerusi Rancangan Koko Nestlé. Rancangan tersebut bertujuan mempertingkatkan kehidupan komuniti penanam koko di Côte d’Ivoire atau Ivory Coast, katanya.

 “Ini adalah sejajar dengan matlamat kami untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat. Sejak Februari 2016, KitKat di Malaysia telah menggunakan 100% koko mampan dalam penghasilan rangkaian produk KitKat di kilang kami di Chembong, Negeri Sembilan,” katanya.

Pelancaran KitKat Mini ini adalah penambahan kepada keluarga produk bertemakan ‘rehat’ yang terdiri daripada rangkaian produk teras yang amat digemari iaitu KitKat 2 keping dan 4 keping, KitKat Bites, KitKat Rubies bertaraf premium, KitKat Chunky yang sungguh memuaskan dan KitKat Green Tea yang berinspirasikan Jepun. KitKat telah meluaskan liputannya ke dalam pasaran produk konfeksi khusus berikutan pengenalan KitKat Chocolatory pada tahun 2016, iaitu suatu konsep yang menawarkan sehingga 10,000 kombinasi perisa untuk membolehkan anda menikmati waktu rehat yang benar-benar memuaskan setiap cita rasa. Diilhamkan oleh Chocolatory, KitKat Bar dilancarkan pada Februari 2017.

KitKat Mini Caramel, KitKat Mini Cookies & Cream dan KitKat Mini Mocha serba baharu dan lazat boleh didapati dalam pek berisi 8 keping di semua kedai runcit pada harga runcit disyorkan RM12.17.

  • oleh
  • Advertisement