Anda di sini

Kerajaan BN sedia pakej transformasi menyeluruh

Advertisement

Turut tekankan keperluan memahami kehendak, aspirasi rakyat agar mereka sentiasa didahulukan

 Teng (enam kiri) bersama penduduk Rumah Lingga, Selanggan pada Program Randau Bersama Masyarakat semalam.
PANTAU: Teng (enam kiri) bersama penduduk Rumah Lingga, Selanggan pada Program Randau Bersama Masyarakat semalam.

SARIKEI: Kerajaan Barisan Nasional (BN) menyediakan pakej transformasi yang menyeluruh, selain menekankan keperluan untuk memahami kehendak dan aspirasi rakyat agar mereka sentiasa didahulukan.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Teng Ung Woo berkata, pelaksanaan pembangunan tidak hanya tertumpu pada satu sudut sahaja sebaliknya menyeluruh termasuk infrastruktur, pendidikan, pertanian dan sebagainya.

Katanya program pembangunan dilaksanakan secara sistematik bagi memastikan rakyat menikmati masa depan yang lebih baik.

Keperluan rakyat adalah perkara utama dalam perhatian kerajaan walaupun sebahagian daripadanya mengambil masa untuk dilaksanakan.

Kerajaan sedar akan masalah yang dihadapi rakyat, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman, yang masih memerlukan banyak suntikkan pembangunan, khususnya daripada aspek kemudahan infrastruktur.

Namun demikian, masyarakat harus ingat, penempatan masyarakat di kawasan luar bandar dan pedalaman yang bertaburan telah menjadikan usaha pemimpin dan kerajaan untuk membawa pembangunan ke kawasan ini agak mencabar dan memerlukan masa untuk melaksanakannya.

Situasi ini harus difahami masyarakat. Kerajaan akan berusaha membawa segala bentuk pembangunan dan kemajuan kepada masyarakat di kawasan luar bandar dan pedalaman secaraberperingkat-peringkat,” katanya.

Teng berkata demikian dalam Program Randau Bersama Masyarakat di Rumah Lingga, Selanggan, dekat sini, semalam.

Menurut Teng, pemimpin kerajaan sedar isu-isu yang membelanggu dan kerap dibangkitkan oleh masyarakat di kawasan luar bandar kini adalah berkaitan kemudahan jalan raya yang sempurna dan selesa, bekalan elektrik dan bekalan air bersih.

Tambahnya, usaha-usaha untuk menunaikan permintaan masyarakat berkaitan isu-isu berkenan akan dilaksanakan kerajaan dan ia akan dilakukan secara berperingkat.  

Teng juga turut menasihati masyarakat agar tidak cepat melenting sekiranya permintaan mereka tidak direalisasikan seperti yang mereka harapkan dalam tempoh tertentu.

Kita ingin mengingatkan kepada masyarakat bahawa setiap usaha pembangunan dan kemajuan yang dibawa perlu melalui beberapa proses sebelum ia dilaksanakan di peringkat akar umbi.

 “Saya ingin tegaskan tiada kerajaan lain yang boleh berbuat demikian melainkan BN. Ini kerana, kita sentiasa berusaha mencari formula terbaik untuk kepentingan seluruh rakyat,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement