Anda di sini

Pesta Kaul Mukah sarat pengisian

Advertisement

MUKAH: Pesta Kaul Mukah bakal berlangsung pada 24 hingga 30 April 2017 dengan pelbagai pengisian program. 

Menurut Ahli Dewan Undangan Negri (ADUN) Ba-lingian Abdul Yakub Arbi, upacara simbolik iaitu Kaul Serahang Kakan akan dilakukan di Sungai Tellian. 

“Penyerahan ‘Serahang Kakan’ menyelusuri Sungai Tellian akan dilaksanakan petanda Pesta Kaul bermula pada 22 April,” katanya dalam satu sidang media baru-baru ini. 

Bagaimanapun, acara pe-rasmian Kaul Mukah 2017 akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 29 April di Tapak Pesta Kaul sekali gus upacara Keman Kaul pada sebelah tengah hari. 

Sementara penutupan pula akan dilangsungkan pada hari keesokan 30 April 2017 oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg. 

Sepanjang pesta, pelbagai aktiviti telah dirancang dan antaranya adalah Safari Memancing Kaul, Mukah Got Talent, Pertandingan Teluwaih Jinih (Ratu Kaul), Kaul Fun Run dan sebagainya. 

Terdapat satu pertandingan tradisi ‘Luak Salui Lukut’ yang turut diadakan semula pada sepanjang pesta. Turut hadir pada sidang media ADUN Tellian Yussibnosh Balo. 

  • oleh
  • Advertisement