Anda di sini

Pelbagai aktiviti sempena Bulan Kesihatan RTM Sarawak 2017

Advertisement
 Kakitangan RTM Kuching berkumpul untuk sesi fotografi beramai-ramai.
MERIAH: Kakitangan RTM Kuching berkumpul untuk sesi fotografi beramai-ramai.

PELBAGAI aktiviti telah diatur oleh Kelab Rekreasi RTM Kuching bagi mengisi slot-slot program sepanjang Bulan Kesihatan RTM Sarawak 2017 yang berlangsung sehingga 15 Mei ini. 

Presiden kelab Suhaimi Jeman berkata, acaraacara ini dianjurkan bersempena sambutan ulang tahun stesen penyiaran nasional itu yang ke-71 tahun ini. 

“Di samping Pertandinganpertandingan sukan dan riadah seperti bola sepak, futsal, ping pong, sepak takraw, badminton dan bola jaring (wanita) serta permainan darts (damak), dam, catur dan karom, kami juga mengadakan pemeriksaan kesihatan seperti ujian saringan darah dan hipertensi untuk warga kerja RTM yang mungkin tidak berkesempatan untuk menjalaninya kerana jadual tugas yang ketat. 

“Kami juga mengadakan ‘Cabaran Jom Kurus’ disertai rakanrakan setugas kami, di mana mereka bukan sahaja berusaha untuk menurunkan berat badan tetapi juga mendalami ilmu mengenai pelbagai aspek gaya hidup sihat, terutamanya pemakanan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran Bulan Kesihatan RTM Sarawak 2017 yang dirasmikan Pengarah Penyiaran Kawasan Sarawak, Salmah Ibrahim Melina di Bangunan RTM Jalan P Ramlee di Kuching, Rabu. 

Acara berkenaan meriah dengan kehadiran kakitangan RTM Kuching menyertai pelbagai aktiviti seperti aerobathon, sesi karaoke, kempen menderma darah kendalian Pusat Pakar Perubatan Normah serta perkhidmatan urut oleh ahli-ahli refleksologi buta dari Frindo Blind Healthcare Batu Kawah. 

Turut diadakan perundingan perbankan daripada RHB Bank, gerai kesihatan kelolaan Kuching Supplements serta pemeriksaan kesihatan oleh pegawaipegawai dari Jabatan Kesihatan Bahagian Kuching. 

Program juga dihangatkan dengan penampilan khas Ikon Kesihatan RTM Kuching yang juga atlet bina badan negeri, Mohd Iskandar Razali. 

  • oleh
  • Advertisement