Anda di sini

MPP tunggu maklum balas PDRM latih pegawai jadi warden trafik

Advertisement

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) menunggu maklum balas daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memberi latihan kepada lapan pegawai penguat kuasa majlis itu sebagai warden trafik. 

Ahli Dewan Undangan Ne-geri (ADUN) Batu Kitang juga Pengerusi MPP, Lo Khere Chiang berkata, pihaknya sentiasa melihat ke hadapan terhadap keperluan tersebut dalam memberi penerangan mengenai modul latihan berkenaan. 

“Kita telah memaklumkan perkara ini kepada polis. Sekarang kita menunggu maklum balas daripada bagi menyedia menyediakan modul latihan, masa dan tarikh bagi kita menghantar pegawai penguatkuasa kita untuk menjalani latihan ini. 

“Malah, kita juga menjangka-kan 16 pegawai penguatkuasa lagi dari Jabatan Sumber Manusia Negeri untuk membantu kita memperhebatkan lagi perkhidmatan kita bagi bahagian pe-nguatkuasaan ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian berkaitan perkara tersebut baru-baru ini. 

Pada masa sama Lo memberitahu warden trafik penting bagi menjaga keselesaan pengguna jalan raya terutamanya ketika waktu kemuncak bagi  memasti-kan kelancaran aliran trafik. 

Menurutnya, sebaik sahaja lapan pegawai penguatkuasa itu tamat menjalani latihan, kesemua mereka akan diletakan di bawah bidang kuasa trafik. 

“Mereka ini akan ditempatkan di kawasan yang memerlukan warden trafik namun bukan ber-erti mereka ini mengambil tugas polis trafik tetapi bertugas untuk memastikan kelancaran aliran trafik dalam kawasan MPP,” ujarnya. 

Beliau menjelaskan antara kawasan yang memerlukan perkhidmatan warden trafik, Batu 7, lampu isyarat Batu 10 dan Bandar Baharu Batu Kawa yang kerap mengalami kesesakan lalu lintas. 

Advertisement