Anda di sini

24 terbunuh bas bertembung trak minyak di selatan Mexico

Advertisement

KOTA MEXICO: Seramai 24 penumpang bas yang sedang dalam perjalanan untuk bercuti sempena Hari Easter maut dalam nahas membabitkan sebuah bas dengan trak tangki minyak di selatan Mexico pada Khamis.  

Nahas itu turut mendapat perhatian Presiden Mexico Enrique Pena Nieto yang mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa melalui Twitternya.

Trak dengan muatan bahan api itu meletup dan terbakar sejurus selepas bertembung dengan bas berkenaan.

Kemalangan berlaku pada atau sebelum jam 6.30 pagi waktu tempatan di lebuh raya di bandar Petacalco, Guerrero berhampiran Pelabuhan Pasifik di Lazaro Cardenas, Michoacan.

Lebuh raya Century 21, yang menghubungkan bahagian tengah Mexico dengan pelabuhan perindustrian yang sibuk, telah ditutup selama beberapa jam akibat keadaan trafik yang teruk sepanjang sambutan Easter, ketika penduduk yang bercuti menuju ke pantai.

Setiausaha Perlindungan Awam Guerrero Cesar berkata pakar forensik negara melaporkan seramai 24 mangsa pada jam 2 petang waktu tempatan ketika ope-rasi forensik di tempat kejadian telah selesai secara praktikalnya.

Kedua-dua pemandu bas dan trak tangki minyak antara yang maut.

Sembilan lagi mangsa yang cedera berusia antara tiga hingga 56 tahun dibawa ke sebuah hospital di Lazaro Cardenas.

Punca nahas masih disiasat, kata Mayeres.

Penumpang bas adalah semuanya anggota sebuah keluarga dan jiran tetangga mereka yang menyewa kenderaan untuk perjalanan sempena cuti Hari Easter dari Morelia, bandar utama Michoacan, ke sama ada Zihuatanejo atau Acapulco, kedua-duanya adalah pusat peranginan pantai di Guerrero. — Bernama


 

Advertisement