Anda di sini

Anuar Zain hiburkan peminat di CityOne Megamall, Kuching

Advertisement
 Anuar menghiburkan peminatnya dengan lagu-lagu hitsnya sempena jelajah mempromosikan album terbarunya.
MENGHIBURKAN: Anuar menghiburkan peminatnya dengan lagu-lagu hitsnya sempena jelajah mempromosikan album terbarunya.

KUCHING: Penyanyi terkenal tanah air, Anuar Zain menghiburkan peminatnya di CityOne Megamall di sini pada Ahad dalam siri jelajah bagi mempromosikan album terbarunya ‘Andainya Takdir’.

Siri jelajah bagi mempromosikan album terbaru Anuar Zain di pusat membeli belah itu merupakan lokasi yang kesepuluh yang dibawakan oleh Mydin.

Bercakap pada sidang media kelmarin, Anuar menyatakan rasa teruja dapat bertemu bersama peminatnya di Kuching, Sarawak ini bagi mempromosikan album terbarunya.

Lebih mengujakan beliau apabila diberikan peluang untuk bekerjasama dengan Mydin bagi mempromosikan albumnya ini yang mana jarang sekali dilakukan oleh artis yang lain. 

Sudah bertahun pengiat industri muzik seperti saya tidak berpeluang untuk bekerjasama dengan pihak pasaraya seperti Mydin untuk mempromosikan album.

Saya beruntung kerana diberikan peluang untuk bekerjasama dengan Mydin dalam mempromosikan album kali ini yang mana bagi saya akan menguntungkan kedua-dua pihak,” katanya.

Dalam pada itu, ratusan peminat Anuar memenuhi CityOne Megamall untuk menyaksikan artis kesayangan mereka ini menyanyikan lagu-lagu hitsnya dari album terbarunya.

Selain menyaksikan persembahan mantap Anuar, peminat turut berpeluang untuk bertemu dan bergambar dengan penyanyi yang digilai ramai ini.

Dalam pada itu, lebih daripada 11,000 unit album terbaru ini telah terjual setakat ini, satu jumlah yang cukup memuaskan bagi Anuar.

Peminat juga boleh mendapatkan album terbaru Anuar Zain ini pada harga istimewa RM36.90 dengan pembelian produk Pantene, Head Shoulders dan Rejoice bernilai RM30 ke atas dalam satu resit di Mydin.

Selepas CityOne Megamall, Anuar Zain dijadual akan bertemu bersama peminatnya di Mydin Samariang pada 30 April ini bagi mempromosikan album terbarunya ini.

 Anuar berswafoto bersama peminatnya di CityOne Megamall, Kuching.
BERSAMA PEMINAT: Anuar berswafoto bersama peminatnya di CityOne Megamall, Kuching.
  • oleh
  • Advertisement