Anda di sini

Lelaki diberkas polis, muatnaik status berbaur fitnah dan kesat di FB

Advertisement

KUCHING: Seorang lelaki diberkas selepas memuatnaik status berbaur fitnah dan kata-kata kesat di laman sosialnya terhadap polis.

Suspek sebelum itu dikatakan berang selepas disaman polis trafik ketika menghadiri program pameran kenderaan di kawasan parkir berhampiran Stadium Negeri.

Lelaki berusia 35 tahun itu bertindak memuatnaik status di laman Facebook berikutan tidak puas hati.

Susulan itu, sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak yang diketuai ASP Ooi Jin Bing telah menahan suspek di kediamannya kira-kira jam 1 pagi tadi.

Ketua JSJ Sarawak, SAC Dato Dev Kumar mengesahkan penahanan tersebut dalam kenyataannya hari ini.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 500 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 233 kanun yang sama.

Dev pada masa sama menasihatkan pengguna laman sosial agar tidak memuatnaik status yang mungkin mencetuskan masalah.

 Akibat memuatnaik status berbaur fitnah dan kata-kata kesat terhadap polis.
DIBERKAS: Akibat memuatnaik status berbaur fitnah dan kesat terhadap polis.
  • oleh
  • Advertisement