Anda di sini

Colombia siasat punca tanah runtuh

Advertisement

Selepas lebih 300 terbunuh dan usaha mencari 314 yang hilang diteruskan

 Kelihatan seorang lelaki mengusung tilam di tengah-tengah sisa tanah runtuh selepas hujan lebat             di Mocoa, daerah Putumayo, di selatan Colombia pada 4 April lalu. — Gambar AFP
SELAMATKAN HARTA BENDA: Kelihatan seorang lelaki mengusung tilam di tengah-tengah sisa tanah runtuh selepas hujan lebat di Mocoa, daerah Putumayo, di selatan Colombia pada 4 April lalu. — Gambar AFP

MOCOA: Sementara mangsa selamat mengharungi bau daging reput yang semakin hangit untuk mencari ahli keluarga tersayang, pihak berkuasa Colombia semalam menyiasat siapa yang bersalah bagi kemusnahan daripada kejadian tanah runtuh yang kini sudah me-ragut lebih 300 nyawa.

Pengawal kebangsaan, Edgardo Maya, mengarahkan siasatan untuk menentukan sama ada pihak berkuasa di bandar Mocoa melaksanakan dengan betul atau tidak kod bangunan dan merancang dengan secukupnya atau tidak bagi bencana alam.

Namun ini bukan mengenai hukuman. Ia adalah mengenai pencegahan. Apakah faedahnya untuk meng-hukum orang sekarang selepas begitu banyak kematian?” katanya.

Datuk Bandar Jose Antonio Castro, gabenor wilayah Sorrel Aroca dan pemegang jawatan sebelum mereka akan berdepan dengan siasatan berasingan oleh pendakwa raya, menurut laporan media Colombia.

Sementara itu, mangsa selamat meneruskan usaha suram untuk mencari lebih 300 orang yang hilang, atau melindungi sisa rumah mereka daripada penjarah.

Dipandu oleh bau daging reput, penduduk yang ter-desak merayu kepada pasukan penyelamat untuk membantu menggali lumpur dan runtuhan di tempat yang mereka percaya ahli keluarga mereka berada.

Bau amat busuk sekali di sini sejak semalam. Pasti ada mayat,” kata seorang ahli keluarga yang mencari Luis Eduardo Zuniga, 46, bersama 10 ahli keluarga lain.

Menggali dalam lumpur dengan penyodok, batang kayu atau tangan mereka, mereka menggali kawasan sekitar rumah yang separuh runtuh di mana mangsa kali terakhir kelihatan.

Mereka akhirnya menjumpai sepasukan anggota perubatan dan bomba untuk membantu – tujuh sukarelawan dari bandar Santander de Quilichao, pemanduan selama 10 jam untuk pergi ke sana.

Ia tidak memakan masa yang lama bagi golongan profesional untuk memutuskan ia tidak selamat untuk meneruskan usaha itu kerana struktur yang masih ada tidak stabil.

Kami perlu membawa masuk jentera berat ke sini,” kata seorang pegawai.

Pegawai mengumumkan lewat kelmarin bahawa bila-ngan kematian dalam tragedi ini sudah meningkat kepada 301.

Sementara itu, dalam satu ucapan kebangsaan pada awal kelmarin, Presiden Juan Manuel Santos memberi angka paling tepat setakat ini bagi jumlah mangsa hilang: 314.

Malangnya, jumlah orang yang kehilangan nyawa dalam tragedi ini terus bertambah,” kata pemimpin Colombia itu.

Santos berkata 2,700 penduduk ditempatkan di pusat perlindungan. Mangsa lain berkampung di lokasi rumah lama mereka untuk melin-dungi harta benda mereka yang masih ada daripada penjarah.

Sehari selepas kejadian tanah runtuh, kami berjaya mengeluarkan beberapa benda dari rumah. Namun apabila kami kembali pada petang itu, mereka sudah mengambil semuanya,” kata Juan Luis Hernandez, 33, dalam kejiranan San Miguel yang musnah.

Apa yang tidak dibawa oleh banjir lumpur dibawa oleh pencuri.”

Anggota polis tambahan mendirikan pos pemeriksaan untuk menyiasat sesiapa yang membawa barangan seisi rumah.

Kawasan puing coklat yang luas memburukkan keadaan bandar yang dilanda lumpur pada Jumaat malam lepas, menghanyutkan rumah dan melemaskan seluruh ke-luarga.

Kejadian tanah runtuh itu berlaku selepas hujan lebat menyebabkan kebanjiran tiga batang sungai, yang menabur tanah, batu besar dan pokok di sekitar kawasan kejadian.

Mocoa didiami 70,000 penduduk, kira-kira 45,000 daripadanya terjejas akibat banjir, menurut Persatuan Palang Merah.

Selain mangsa yang terkorban, 332 orang cedera.

Paling teruk terjejas di-sebabkan oleh tragedi itu adalah kejiranan daif yang didiami penduduk yang lari dari kampung halaman sewaktu perang saudara selama lima dekad di Colombia. — AFP

Advertisement