Anda di sini

Martabat pendidikan vokasional pacu Malaysia capai negara maju

Advertisement

SIBU: Dalam usaha mempercepat penyediaan tenaga kerja berkebolehan, berkemahiran dan berpendapatan tinggi bagi tujuan menjadikan Malaysia negara maju pada 2020, kerajaan mencurah banyak usaha  memartabatkan pendidikan vokasional.

Ini termasuk memper-kenal dan mengumum sistem baharu pendidikan vokasional yang telah mula dilaksanakan pada 2013.

Seperti diketahui, umum beranggapan bahawa pendidikan vokasional sebagai tempat pelajar tidak berminat belajar dalam aliran akademik dan mempunyai peluang tipis ke menara gading.

Akan tetapi transformasi pendidikan vokasional telah mula dilaksana pada 2013, aliran vokasional ini tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas kedua.

Dengan kata lain, usaha memartabatkan pendidikan vokasional perlu dilaksana supaya berlaku perubahan landskap di mana aliran ini akan menjadi pilihan utama para pelajar dan ibu bapa seperti kebiasaan diamalkan di negara maju.

Untuk rekod, dalam sistem pendidikan negara ketika ini hanya terdapat belasan peratus daripada jumlah pelajar mengikuti pendidikan vokasional.

Bilangan ini dikira kecil jika dibandingkan dengan negara lain seperti Korea Selatan 28 peratus, Thailand 41 peratus, Indonesia 51 peratus, Jerman 59 peratus, Australia 62 peratus dan Belanda 68 peratus.

Sesungguhnya peluasan aliran vokasional dalam sistem pendidikan telah diamalkan di kebanyakan negara dan bilangan pelajarnya sangat ramai kerana ia dianggap selari dengan kemajuan teknologi dan tuntutan ekonomi sesebuah negara.

Usaha kerajaan meningkatkan peratusan pelatih aliran teknikal dan vokasional amat dialu-alu dan disokong sepenuhnya oleh negeri Sarawak.

Ini kerana Sarawak yang membangunkan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang berasaskan industri berat akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan berasaskan teknik dan vokasional yang memerlukan banyak tenaga kerja mahir.

Kemajuan pesat dalam sektor industri yang sedang rancak berjalan sudah pasti akan mengalami gangguan sekiranya tenaga mahir tidak dapat disediakan.

Sarawak memerlukan kira-kira 1.6 juta tenaga kerja baharu bagi meme-nuhi keperluan permintaan tenaga kerja yang semakin mendesak dalam pelbagai sektor industri menjelang 2030.

Rentetan aspirasi kerajaan dalam meningkatkan daya saing negara melalui peningkatan kualiti modal insan yang dilahir sistem pendidikan negara termasuk bertujuan memenuhi keperluan negeri Sarawak terhadap tenaga kerja mahir, Kolej AITC Kuching turut menyedia serta menawar pendidikan, latihan vokasional berkua-liti sebagai landasan melahirkan modal insan kreatif, inovatif dan berkemahiran tinggi.

Kolej AITC Kuching merupakan sebuah pusat latihan kemahiran yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia sejak 2002.

Berbekalkan visi me-       nyumbang kepada pembangunan latihan kemahiran di Sarawak, Kolej AITC Kuching telah melahirkan kira-kira 3,000 tenaga kerja mahir yang sekurang-kurangnya memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2, 3 atau 4 daripada 10 bidang kursus (18 program) yang ditawarkan.

Sebagaisebahagian daripadapelan induk, AITC akan terus berusaha meningkatkan portfolio kursus-kursus yang ditawarkan.

Pelbagai kursus akan diperluaskan secara ber-terusan termasuk kursus-kursus yang relevan dan strategik untuk keperluan industri negara.

Dalam tempoh hampir 15 tahun ini, Kolej AITC Kuching yang menumpu kepada tawaran program kemahiran dengan mendapat kelulusan pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) cukup membuktikan dan menunjukkan pengalamannya dalam menguruskan kurikulum pendidikan vokasional.

Pengalaman yang berharga ini amat berguna dan akan menentukan kejayaan usaha kerajaan dalam transformasi pendidikan vokasional.

Kolej AITC Kuching telah semakin berkembang dan melalui transformasi sepanjang 15 tahun sejak ia ditubuhkan.

Pada Julai 2014, Kolej AITC Kuching telah me-luaskan empayar ilmunya ke kampus baharu yang ber-alamat di  Muara Tabuan dan kawasan kampus baharu yang seluas 53 ekar tersebut dijangka boleh menampung lebih daripada 3,000 pelajar.

Kolej AITC Kuching telah dilantik secara rasmi sebagai kampus satelit CIAST (Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan) di Sarawak sejak tahun 2013.

Pelbagai kursus untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan pengajar dianjurkan demi penjanaan modal perguruan dan pembangunan tenaga pengajar.

Susulan daripada sistem pengurusan dan pentadbiran yang sistematik, kelayakan personel yang memenuhi kekompetenan yang ditetapkan, pembangunan kurikulum/bahan pembelajaran, prasarana dan kelengkapan serta fasiliti yang lengkap dan mencukupi, 12 progam kemahiran yang ditawarkan oleh Kolej AITC Kuching telah mendapat keputusan cemerlang (5 bintang) dalam sistem penarafan bintang yang dijalankan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia pada 2015.

Kolej AITC Kuching turut menubuhkan satu unit penempatan kerja yang khas disediakan untuk mencari tempat kerja bagi pelatih-pelatih yang telah tamat latihan.

Unit tersebut akan be-kerjasama dengan industri-industri di luar dan menandatangani memorandum persefahaman menerima pelatih bekerja di tempat mereka.

Selain itu, pelatih Kolej AITC Kuching turut terdedah kepada peluang latihan industri (On-Job Training) dalam tempoh pembelajaran mereka. Usaha ini adalah untuk menimba pengalaman sebenar pelatih dengan mempraktikkan apa yang dipelajari di pusat latihan.

Secara tidak langsung, is telah mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pelatih dalam bidang dan profesion masing-ma-sing.

Usaha ini turut melahirkan graduan yang berketerampilan, kreatif dan berwibawa seiring dengan visi AITC bagi melahirkan dan membentuk tenaga kerja mahir yang berbakat dan pemikirannya diasuh, diperkaya dengan ilmu, budaya tinggi dan akhlak yang luhur.

Pada 2014, Kolej AITC Kuching telah mula melibatkan diri dalam Projek EPP 13: Pelaksanaan Kolej Vokasional dengan Usaha Sama Awam-Swasta (Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia), iaitu salah satu strategi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mempertingkatkan enrolmen pelajar pendidikan vokasional dengan meng-adakan kerjasama dan perkongsian pintar antara sektor awam dan swasta melalui penawaran Kolej Vokasional (KV) di institusi pendidikan swasta.

Kursus ditawar dan mula dijalan dalam projek tersebut pada pertengahan 2014  adalah kursus yang berimpak tinggi, iaitu Diploma Tek-nologi Kimpalan (Minyak & Gas), Diploma Teknologi Kimpalan (Dalam Laut).

Kedua-dua bidang kursus yang tempoh kuliahnya masing-masing selama empat tahun itu dijangka akan dapat melahirkan tenaga mahir dalam bidang teknologi kimpalan yang boleh memberi sumbangan kepada industri minyak, gas dan maritim.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Kolej AITC Ku-ching di www.i-systems.edu.my ataupun hubungi pihak kolej di talian 082-362987/363987/369887 atau melalui SMS di talian 016-8893089/016-8860987 ataupun sila berkunjung ke kampus yang beralamat di No.1, Jalan Usahajaya, Muara Tabuan, 93350 Kuching.

Advertisement