Anda di sini

DBKU akan berdialog dengan penjaja tempatkan mereka di tempat sesuai

Advertisement
 Wee (tiga kiri) menyampaikan Lesen Penjaja/Gerai kepada Leong yang diwakili isterinya Goh Siew Eng, 78, (empat kanan). Turut hadir Setiausaha Belia Cawangan Pending Milton Foo (dua kiri).
PERNIAGAAN SAH: Wee (tiga kiri) menyampaikan Lesen Penjaja/Gerai kepada Leong yang diwakili isterinya Goh Siew Eng, 78, (empat kanan). Turut hadir Setiausaha Belia Cawangan Pending Milton Foo (dua kiri).

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dalam usaha untuk mengadakan dialog bersama beberapa penjaja di sekitar bandar raya ini untuk menempatkan mereka di tempat yang bersesuaian.

Ahli Suruhanjaya DBKU Datuk Wee Hong Seng menjelaskan demikian dalam usaha pihaknya mempraktikkan CBS di bandar raya ini.

Buat masa ini kami cuba membantu memindahkan penjaja yang membaiki kasut, membuat kunci berdekatan dengan kawasan Electra House… kami akan mengadakan sesi dialog terlebih dahulu bersama mereka.

Melalui persetujuan dan kerelaan mereka, kami akan mencadangkan tempat yang bersesuaian demi keselesaan mereka dan pelanggan masing-masing,” katanya ketika ditemui pada sidang media berkaitan penjaja ayam goreng di Jalan Wayang semalam.

Menurutnya, pihaknya memahami bahawa penjaja tersebut banyak bergantung kepada hasil daripada usaha berjaja sejak bertahun lamanya untuk meneruskan kehidupan.

Pihak DBKU tidak mahu menangkap mereka dan sebagainya kerana kami mahu memindahkan dan menempatkan mereka di tempat yang bersesuaian dan jika mereka gembira kami juga akan gembira.

Perkara ini akan kami mulakan di kawasan bandar raya terlebih dahulu, berkemungkinan melibatkan sekurang-kurangnya lapan penjaja kerana keselematan pengguna dan penjaja adalah penting.

DBKU sering dikecam di laman sosial mengatakan kami tidak bertimbang rasa dengan penjaja ini, tetapi sebenarnya itu tidak benar.

Pengguna laman sosial sebelum memuat turun apa-apa sahaja pos di FB, mereka perlu bersifat neutral dan cuba korek maklumat sebenar dan jangan hanya berat sebelah dan menuding jari kepada satu pihak sahaja,” ujarnya.

Justeru semalam, pihaknya telah menempatkan sebuah gerai penjaja ayam goreng berusia lebih 30 tahun milik Leong Joon Khong, 78, tidak jauh dari Wayang Street.

Advertisement