Anda di sini

Lima cedera MPV tembung pikap

Advertisement
 Keadaan hadapan pikap yang berlanggar dengan kereta di Sebangkoi, Sarikei semalam.
REMUK: Keadaan hadapan pikap yang berlanggar dengan kereta di Sebangkoi, Sarikei semalam.

Kesemua mangsa cedera daripada kereta, dua dalam pikap selamat

KUCHING: Lima penumpang sebuah kereta dikejarkan ke Hospital Sarikei selepas terlibat dengan kemalangan di Kilometer 28 Bukit Sebangkoi, Sarikei semalam.

Menurut sumber, kemalangan berlaku sekitar jam 2.50 petang apabila kereta yang dinaiki kelima-lima mangsa dari arah Saratok bertembung dengan sebuah pikap dari arah bertentangan.

Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis MPV dan sebuah pikap di mana terdapat lima mangsa di dalam MPV mengalami kecederaan dan dua lagi mangsa dalam pikap tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Anggota bomba memberi rawatan awal kepada mangsa di tempat kejadian dan seterusnya dihantar ke Hospital Sarikei untuk rawatan lanjut,” kata Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

Tambahnya, keadaan per mukaan jalan raya semasa kejadian adalah licin.

Sementara dalam kejadian berasingan, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas kereta yang dinaikinya berlanggar dengan sebuah kereta di Batu 14 Jalan Kuching-Serian malam kelmarin.

Menurut jurucakap JBPM, kemalangan berlaku sekitar jam 8.15 malam ketika mangsa yang bersama ibu bapanya dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.

Kemalangan melibatkan dua kereta di mana seorang kanak-kanak berusia 10 tahun cedera di bahagian kepala masih tidak sedarkan diri dan seorang lelaki lingkungan 50-an cedera di bahagian kepala telah dikeluarkan oleh orang awam dari dalam keretanya.

Bomba membuat rawatan awal kepada kedua-dua mangsa sebelum mengejarkan mereka ke HUS untuk rawatan lanjut,”katanya.

Kanak-kanak terbabit sehingga berita ini ditulis semalam masih menerima rawatan di Zon Merah Unit Kecemasan HUS.

  • oleh
  • Advertisement