Anda di sini

Tingkat kerjasama jaga sempadan S’wak-KALBAR

Advertisement

TDM, TNI komited untuk mengelak sebarang pertikaian di sepanjang sempadan kedua-dua wilayah

 

TELOK MELANO: Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) akan mempertingkatkan kerjasama untuk menjaga keamanan serta keselamatan sempadan khususnya antara Sarawak dan Kalimantan Barat (KALBAR).

Panglima Briged Ke-3 Infantri Malaysia Brigedier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin berkata aktiviti bilateral itu adalah untuk mengelak sebarang pertikaian di sempadan kedua-dua wilayah.

Kedua-dua pihak memandang serius ke atas isu sempadan dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana rakyat dari kedua-dua negara yang mencerobohi wilayah masing-masing,” ujarnya.

Beliau berkata demikan pada sidang media bersama Komandan Komando Resor Militer 121 Alam Bhana Wannawai (Korem 121/ABW) Brigedier Jeneral Tentera Nasional Indonesia (TNI) Widodo Isyansyah di Pos TNI Temajuk, dekat sini kelmarin.

Sementara itu, Widodo berharap TNI dan TDM dapat bekerjasama bukan sahaja dari segi operasi ketenteraan, tetapi juga dalam melakukan rondaan di sepanjang sempadan Sarawak-KALBAR.

Katanya, ia bagi memastikan sempadan kedua-dua wilayah tidak dicerobohi dengan mudah bukan sahaja oleh penjenayah untuk aktiviti penyeludupan, tetapi juga oleh masyarakat yang tinggal berhampiran sempadan untuk menjalankan aktiviti seperti pertanian atau perladangan.

Menjalankan sebarang aktiviti seperti pertanian di wilayah negara jiran juga adalah pencerobohan dan merupakan satu kesalahan undang-undang, dan kami tidak akan membiarkan perkara ini berlaku,” katanya.

Terdahulu, kedua-dua panglima tentera itu telah mengadakan lawatan kerja bilateral ke kawasan Santuari Hidupan Liar Samunsam (Sarawak) dan Camar Bulan (KALBAR) kelmarin.

Lawatan tersebut turut melibatkan wakil dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Sarawak, Jabatan Perhutanan, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Sarawak Forestry Corporation (SFC).

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk menjernihkan suasana pertelingkahan di garis sempadan kedua-dua wilayah, yang melibatkan kawasan batu sempadan A74 sehingga A79 sepanjang enam kilometer berhampiran kawasan Telok Melano.

  • oleh
  • Advertisement