Anda di sini

Sibu Jaya terus pacu populasi dan pembangunan lebih pesat

Advertisement

SIBU: Sibu Jaya antara sebuah perbandaran berjaya dengan populasi penduduk semakin meningkat lebih daripada 30,000 orang dan dijamin akan terus berkembang pesat.

Pengerusi HDCam Sdn Bhd pemilik tanah Sibu Jaya Township,  Wan Mohd Yusop Wan Moss berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat ahli lembaga  terdiri daripada pegawai-pegawai dari Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) dan Amcorp Properties Berhad.

Sektor swasta dan kerajaan Malaysia bekerja keras untuk menjadikan Sibu Jaya menjadi bandar baharu untuk memenangi anugerah dan kami kini mula melihat hasil kerja ini,” katanya pada mesyuarat tersebut di sini, Isnin lepas.

Katanya, usaha seperti itu perlu diterus dan dipertingkatkan untuk memastikan rakyat terus mendapat manfaat daripada pengembangan Sibu Jaya.

Kepada pembangunan keseluruhan, Wan Mohd berkata sudah ada kira-kira 6,000 rumah di Sibu Jaya dengan tambahan 5,000 lagi rumah akan dibina.

Perkhidmatan dan pejabat kerajaan sudah didirikan ialah klinik kesihatan, perpustakaan awam, balai polis, sekolah, bank, pejabat pos, stesen minyak, pasar raya, medan selera dan banyak lagi telah mula bertapak di Sibu Jaya.

Masa depan cerah dan menarik untuk Sibu Jaya. Rakyat perlu tahu bahawa Sibu Jaya bukan sahaja satu lagi pembangunan kediaman.

Ia sesuatu yang lebih besar dan terancang. Ia suatu bandar bererti mempunyai segala-galanya diperlu rakyat setiap hari. Dan  merupakan sebuah bandar merangsang perkembangan bahagian Sibu,” jelasnya.

Menyifatkan Sibu Jaya sebagai satu usaha berjaya, Wan Mohd berkata, beliau menjangkakan Sibu Jaya berada di ambang lonjakan seterusnya dalam pembangunan kemudahan awam seperti balai bomba, kompleks Majlis Daerah Luar Bandar Sibu yang baharu, masjid baharu serta bangunan lain.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Amcorp Properties Berhad Dato Che Md Nawawi Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif HDC Mohd Yusof Mohd Ona serta ahli-ahli lembaganya yang terdiri daripada Azmi Hashim, Azlan Baqee Abdullah, Ben Lee Mohamed Fadzil Abdul Hamid, Lim Pooi Siang, Sia Yiik Jai dan Eddy Puah.

Advertisement