Anda di sini

Pemandu warga asing cedera langgar Pos Imigresen Tedungan

Advertisement

LIMBANG: Seorang pemandu warga Brunei cedera ringan selepas keretanya terbabas sebelum melanggar pagar Pos Imigresen Tedungan, malam kelmarin.

Menurut sumber pemandu terbabit hilang kawalan ketika memasuki kawasan Limbang dari arah Brunei.

Akibat kejadian itu kereta bewarna silver itu kemek di bahagian depan sebelah kanan dan pagar Pos Imigresen Tedungan itu turut mengalami kerosakan akibat rempuhan itu.

Advertisement